Me Likes Jelita

Monday 26 December 2011

its all about tea tea tea

    So entry kali ni, aku nak citer pasal teh. Mesti korang kate "what? nak cerita pasal tea je.. Darrr". Kan kan kan.. Betol kan, alah mengaku je aku tak marah cume sakit hati je rase nak hempuk dengan mangkuk. Wah ganasnye perempuan ni. heheh tak ada lah aku ni orang baik jangan risau. wahahah minah ni memang perasan jangan marah ye.
 
 Okay kawankawan kite masuk bab tea ye.. Kene masuk cepat kalau tak nanti asyik nak mengarut je memanjang. Lastnya entry ni tak de isi buat orang marah je. Kwnagakwangkang.. Jadi untuk pengetahuan umum, teh ni bukan lah sekadar minuman harian atau minuman orang lepas balik berkebun. Memang bukan pon sebab orang berkebun, balik rumah je cari kopi. Percayalah sebab aku selalu berkebun sebab tu badan aku aku bulat kembang semangkuk.
   
   Banyak je sebenarnya benefit minum tea ni. Antaranya boleh membuatkan kite awek muda.. Wahhh awek muda *muka bersinar-sinar lah pulak dengar awek muda. Pi tengok cermin bersinar tak. Kalau tak de cermin. Pi tengok dalam air ye. Banyak dah aku bace dalam majalah even dalam blog pon baca tulis pasal 'Teh untuk awet muda'. Tak payahlah nak pi cocok tang sini dia cocok tang sini. Membazir duit je. Kalau beli teh dalam RM 3 ke RM 4 dah boleh buat minum sebulan dah. Betol tak? Lainlah kalau korang minum teh yang harge beratus-ratus tu lain lah. Tapi sattulah nak ingatkan! kalau buat air tu jangan lah letak banyak gule. Tak jadinya awet muda tu. Kang tak pasal pasal kene kencing manis. So amalkan gula yang sedikit dalam pemakanan seharian ye. Waaaahh dah macam pegawai kesihatan kerajaan pulak.

oh ni gambar daun teh ye adik-adik khas untuk yang tak pernah tengok daun teh

   Moreover, wah im speaking lah. wootwoot. Teh pon boleh memberi ketenangan juga. So bagi yang bekerja siang malam, berkerah tenaga, bertitis peluh jatuh ke bumi tu, rileks. Take your time. Adakan masa untuk diri anda. Buat satu waktu macam contohnya 'me time'. Jangan bagi orang ganggu kite. Nap sekejap dalam five to ten minutes. Okay! Badan pun perlukan rehat juga. Even robot pun kite kene recharge dia balik.  Jadi belilah teh letakkan di pantry anda ye... Caranya duduk diam. No bunyi yang noisy. Stop thinking about your work yang menimbun because, trust me work never done. Sama jugaklah macam masalah. Selagi ada  kerja selagi tu ade problem. Biarkan otak kite rehat jap ok. Senang-senang buat surat mohon cuti, jangan mohon berhenti kerje plak. Nak bagi makan ape anak bini. 
          
macam ni sesuai untuk orang yang kerje menimbun sentiasa. masak air pastu bancuh. live's easy right

  Teh pun baik jugak untuk mencegah penyakit. Sebab ape? hah Sebab die antioksidan, yang selalunya ade dalam teh iaitu flavanoids. Bende alah ni ataupun Flavanoids ni dia banyak membantu dalam masalah penyakit  yang berpunca daripada radikal bebas macam barah. Lagi baik kalu minum teh hijau tanpa gula ye.
  
  Bagi yang ade eyebag bawah mata teh boleh membantu anda.. Caranya sejukkan dulu uncang teh itu dalam peti ais.. boleh lah tambah air siket kot. Ialah kalau tak nak tekap ape kat mata. Then bile dah sejuk, perlahan-lahan tekap kat mata ye. Dalam masa yang sama dia boleh melambatkan kedutan. Okay nanti try ye.
   
  Bagi yang baru balik dari holiday tu. Penat tak? Penat kan. I tahu. Nak hilangkan penat. Teh lah jalan penyelesaiannya. Jangan risau! Mr. Teh datang menyelamat. Korang boleh lah rest dengan minum teh sambil tengoh alam yang kehijauan. Oh ya penting untuk menanam tumbuhan hijau di rumah sket pun jadilah. Kalau nak berbaloi tanamlah pokok cili lepastu pokok limau purut kirenya yang boleh buat masak lah. Jimat tak payah susah-susah start enjin tengahari panas semata-mata nak pergi kedai Ali nak beli kunyit seinci. Tak berbaloi langsung. 
  
   Dalam pada tengah layan teh korang sediakan air suam sebesen campak lah uncah teh pastu rendam kaki tu. Memandangkan teh ni bertindak sebagai antifungus dia juga memberi manfaat pada kaki dengan mencantikkan kaki kite.

macam aku cakap tadi.. susah-susah ambil borang cuti pack barang start enjin pergi bercuti. Tak payah lama-lama, dua tiga hari pun cukop untuk release tension.


Cube tengok kakak ni. Sopan je pegang cawan tu. Tak tahu die kejung kat situ nak dapatkan angle yang baik.. wahahah kesian. Macam nilah take your time. Rilekskan diri buat kat ofis pun boleh time lunch break kan.


Sehelai teh itu ibarat selaut peluh petani. Hargailah daun teh kite. Terima kasih ye mak cik sebab sudi menyumbangkan gambar untuk blog saye yang tak seberape ni. Mak cik senyum dah macam iklan colgate lah. Saye suka... 

  Tidak lupa juga gambar yang ade dalam blog aku ni, Thanks a lot of the ring
  See yahhh..
    Assalamualaikum......


       

No comments:

Post a Comment