Me Likes Jelita

Monday 30 July 2012

Pindah lagi!!

Tak tau nak cakap apa lagi dah dengan dia orang ni.
Siapa tah yang bagi offer dah nak hujung tahun ni.
Rasa nak buat kenduri untuk pindah sekolah beramai ramai
secara berjemaah!!
Geram tau rasa nak heeeeee heeeee heee
geramnya lah. Dah lah yang gang aku sorang je satu kelas yang lain
kelas zuhrah dengan musytari.

Sabar Aida sabar! bulan puasa ni.

Atikah: tunjuk gigi beria-ria , Athirah: yang kecik kat belakang akau belah kanan tu

Budak yang melakukan perpindahan dua dua ada ka atas ni.
Yang sorang lama dah pindah lama lah jugak si Athirah ni pindah.
Yang sorang lagi yang tepi tu yang tunjuk gigi beria-ria tu!!

Malas nak membebel panjang-panjang. 
Harap dia okay kat sana.
Kita orang memang calling-calling.
Baru tengah hari tadi dia call tapi cakap sekejap je dalam 14 minit je.
Kebiasaanya kalau guna phone rumah cakap secara percuma
dan tanpa kesedaran selam sejam dan keatas.
Ye kami bergossip dan meluahkan perasaan.
HAhah sesungguhnya hubungan kami adalah kawan ye bukan
perkara yang bukan-bukan. It just that kita orang rapat tu je kot.
First day sekolah menengah pun dia orang pertama tegur aku ka sekolah.
Duduk sebelah-sebelah. Kalau nak shopping sama-sama.
Dan semua itu tiada lagi bila dia pergi sekolah sains.

Dah lah nak fikir buka apa pulak hari ni.
Assalamualaikum...


Sunday 22 July 2012

Sebelum Ramadhan

Me got gathering or what i just dont know what to call it.
It is actually we does a makan-makan before puasa.
just right before the puasa began. Muahahah we alls memang suka makan!

After sekolah in about 12.30 we alls semua pergi 'tempat biasa'.
Ada yang naik atikah, ada yang naik aina, and me naik dengan awek.
'tempat biasa' adalah rumah my wifey. Or Sumayyah!

Me masak spaghetti with meatballs and mushroom.
Yummy!!!!
my wifey buat potato salad
sabrina dengan Aina buat mash potato
Atikah dengan Awek goreng ayam
Fatihah beli air

then we calling calling abang domino suruh hantar PIZZA!!

Woot wooot wooot

i just have one picture only THE FOOD lah ofcourse


See ade pizza, Ayam goreng, Spaghetti, semua semua lah
oh lupa Aina buat caramel!
waaaaaaaaaaahh so yummy dia punya caramel
I tapau you alls

PLEASE dont bother my english!
Oh My English!! 

Assalamualaikum..

Friday 20 July 2012

Ramadhan


Niatnya!!


Imarahkan dulu ranadhan kita.
Baru lah raya!!


Friday 13 July 2012

1ST GIVEAWAY CONTEST BY PUAN SHEILA


halu halu lama tak jumpa. Hah lama sangat lah kan.
Kan baru cerita pasal durian hari tu. Hmm hingat lagi. Tak? Menyampah mak cemah!

Okay jangan gaduh kat sini. Kita nak happy happy sebab
nak enter giveaway Puan Shila ni.
Sebenar-benarnya baru lagi sekodeng-sekodeng blog
dia. Hahahha hampeh kan. Itu pun sebab Ida si kembar yang story mory
kat kite wak!

Syarat-syarat join giveaway:

Apa yang penting untuk join contest ini?
* Harus follow blog ^ Triple S ^ & April June 2011 (kepunyaan Puan Sheila)
* Buat satu entri bertajuk 1st GiveAway by Puan Sheila dan sambungkan ayat ini : "Saya rasa apa yang menarik tentang kedua-dua blog ^ Triple S ^ & April June 2011 kerana .... "
* Letak banner di atas dan linkkan ke blog Triple S
* Jangan lupa, sila tinggalkan komen anda di entri blog tersebut berserta link dan nama
* Tag 2 kawan blogger anda dan jangan lupa ajak dorang join contest ini ya
* Penyertaan bermula 12 - 31 Julai 2012 (20 hari sahaja)
* Pemenang diumumkan pada 1 Ogos 2012
* Hadiah - insya Allah lumayan !


Makanya untuk soalan yang di tanya:-

Apa yang menarik ialah, saya rasa orang nya yang menarik hahahah...
sebenarnya agak susah nak jawab sebab baru lagi nak kenal -kenalan.
Mintak maaf ye Puan Shila. saya budak baru belajar kalau salah
tolong jolok kan. ehhh salah maafkan saya.
tolong tunjukkan.

Ermm itu lah kot nak habak mai kat sini.. 
Salam perkenalan Puan Shila..
Muaaahhhh terima lah flying kiss yang penuh kasih sayang dari saya!!
\(* <> * )/

Assalamualaikum..




Sunday 1 July 2012

Petang yang Hening

Assalamualaikum..
Ni adalah entry dari manusia yang tiada kerja. Nak buat homework
malas sebab tiba-tiba kedunguan mendatang tanpa di undang.
(masih lagi dalam mood ke-novelan).


Dengan melayan TiubAwak dengan kipas di sebelah 
muka memandang kan kita menghidapi ribut matahari di tambah dengan
kabus-kabus yang menyesakkan dada akibat jerebu.
Along datang membawa durian. Kubiarkan durian itu melayan diri di tepi
pintu kerna di tinggalkan along terkontang-kanting di tepi pintu.
Dengan perasaan bersalah kerana meninggalkannya sepi tanpa teman di sisi.
Aku melangkah ke arah nya untuk memulakan misi.
Hahahahha kalau tak jadi tempoyak, cukuplah kau mengisi ruang perutku ini.
Mencerlung mata ke arah kotak yang diletakkan di tepi pintu menempatkan durian
di dalamnya. Aku menghampiri. Tiba-tiba.......


'oh mak kau!'. Jeritan itu di dengari oleh mereka-mereka yang bersuri rumah
sedang mengadakan masyuarat tingkap pintu tangga dan juga dapur.


Amboi memang nak bagi mak cemah sakit jantung di tempat kejadian.
Mana tak kau tengoklah besau mane durian tuh!
Hilang dah ayat ke-novelan ku.

hahaha ini lah dia cerita di hujung minggu.


Berbaring di depan pintu. Memang tiada privacy langsung.
Perbaringan ini sebenarnya sikit sebanyak akan membuatkan mereka yang lalu lalang
terbabas. Heh! bukan nya aku berseksi seksa sampai mereka tidak melepaskan
pandang. Dan juga bukanlah cinta di pandang pertama. Jangan harap!
Hal ini disebabkan mereka akan terlihat suatu makhluk yang berbaring menghadap
sebuah laptop melayan youtube dengan masih lagi menyarung satu set
telekung di badannya. Hahaha mesti mereka akan menyangka duyung
yang anggun bertelekung. Wahh alimnya duyung zaman sekarang ni.
(uwekkkk)


hahah nak pi layan doyan sat.
Boy boy bye bye hi hi!

Assalamualaikum..