Me Likes Jelita

Saturday 28 April 2012

Kami Berjemaah Untuk BerUSRAH

Alahamdulillah. Sykur ke hadrat Allah S.W.T sebab memberi hidayah
untuk aku menghadiri usrah yang diadakan. Aku menerima jemputan ini dekat Facebook
Beberapa hari sebelum usrah ni berlangsung.

Kami hanya berusrah di alam maya. Dan ada sedikit keterbatasan. Tapi tak apa janji
ilmu masih boleh di kongsi. Kata orang nak  seribu daya tak nak seribu dalih.
Sepanjang berusrah tadi kami di guide oleh dua orang murabbi.
Iaitu Kak Aisha dan Kak Hajah #tapi aku panggil kak jah je. senang baru rasa
 friendly-friendly sikit kan.
Masyaallah, ilmu mereka ni sangat banyak. Suka sangat.

Usrah ni, lebih kepada santai. Kita mendengar dan bertanya. Kalau tak
faham minta penjelasan. Kalau macam tadi Kak Aisha 
akan beri isi dan Kak Jah akan jelaskan.
Mula-mula macam tak teratur, ye lah semua nak bertanya terus. Nak buat 
macam mana orang baru macam aku ni, mana tau nak
beradab. Tapi bila dah lama sikit dah olay dah lah.

Siapa kata tak best dengar benda-benda macam ni.
Best tau banyak benda yang kita boleh dapat. Lagi pun perbincangan ni santai.
Tajuk kita orang tadi pasal nafsu. Kita orang start pukul 10 p.m. 
So tadi hanya dapat bincang tentang jenis nafsu je.
Yang lain kita bincang untuk usrah yang seterusnya.

Moga apa yang kami lakukan tadi ada pahalanya disisi Allah S.W.T.
Moga dapat memberatkan timbangan kebaikan kami di Al-Mizan nanti.
Insyaallah..


Sayang mereka semua yang berusrah tadi. Walaupun hanya berkomunikasi
di alam maya, tapi hati ini rasa macam dekat sangat.
Allah! Terima kasih Ya Allah atas nikmat mu ini.

So kalau nak join usrah or nak tengok usrah kita orang tadi klik link bawah ni ye.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=400220120010271&set=o.138438

Ingat kawal nafsu jahat. Pelihara nafsu baik.

Assalamualaikum.

Tuesday 24 April 2012

Perjuangan Mesti Diteruskan

Sekarang ni tangah musim stress bagi aku. 
Baru je test hari tu then nak exam mid year pulak. Hadeih!! #tepuk dahi
Sabar je lah kan. Dah dua hari berturut-turut aku stayback kat sekolah sebab nak
study. Kat rumah tak boleh nak study weih. Ada saja godaan 
syaitan nih. Time tengah study tiba-tiba teringat biskut kat dapur lah, 
lauk mama masak pagi tadi lah, tv ada cerita best lah.

Sabar saja lah.
Macam ustaz kata setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Hah? Ayat macam tak kena saja dengan cerita.
Tak kisah lah kan. Yang penting ada kata-kata hikmat yang dapat diselitkan.
Dah macam buat karangan pun ada aku rasa. Sebab menyelitka kata-kata hikmah di 
celah-celah ayat untuk dapat markah ayat bombastik.

Hah tak ada kerja aku nak cerita pasal BM kat sini.

Itu saja kot nak bebel.
Blog ni kalau bukan untuk bebel, untuk apa lagi kan.

Assalamualaikum..

Monday 23 April 2012

Love To JOIN.,.,

So today were going to write about something that everyone love..
Even i love about this thing to..
,
,
,
,
,
,
,
so it is
,
,
,
,


Dah mengapa kau ni. Speaking-speaking pula. Waaahhh gaya gitu.
hahaha. Tak apa next time lah kita speaking. Sebab time ni tengah excited nih nak cerita.
You know what. There's a beautiful, sweet woman who having a
giveaway on her blog. Dah lama dah follow log dia. Sebab dia banyak buat review pasal product.
And selalunya product yang dia review tu adalah product yang 
aku nak beli. So kebanyakan review dia tu macam kena saja dengan masanya.
Macam masa nak try hadalabo, apa ejaan pun tak sure. Then dia pon review about this product.

So ada 4 thing that need to be done to enter the giveaway okay.
Mana ada benda yang senang dekat atas muka bumi ni kan. Everything yang kita buat mesti
ada cabarannya.


So first thing kena follow blog dia.
Next subscribed youtube dia.
Lepas tu kena comment dekat blog dia why do you want the products and how can it help benefits you
lepastu kena war-warkan giveaway ni kat fb ke twitter ke blog ke tak kisahlah di 
mana jua anda berada,.

Ni dah kenapa tulisan besar pulak ni. Hah! tak kisahlah
Senang nak baca kan. So tak ada masalah besar yang perlu di bimbangkan

Pergi kat link ni ya kalau nak join ehh!

Saturday 21 April 2012

Belum Hilang Lagi Rindu

Olay! Sebelum mula, rasa nak jerit kejap. Terkujut I. Tiba-tiba nak buat new post
keluar benda lain. Pelik tiba-tiba.

Dah jerit dah. Olay sambung balik ke cerita asal.

AGHhhhhhhhhhh!!!!!!!!!
Akhirnya mama balik jua. Heh! Kenapa nak kena jeritkan.
PAnggg!! hambik kau keana lempang.. Sekarang ni kita cerita perjalanan nak ambik mam kat
airport ye sayang-sayang sekalian. So kita orang bertolak dalam pukul lapan macam tu lah.
Asalnya nak bertolak pukul lima, tapi tak jadi sebab flight mama 
delay. So jadinya mama sampai dalam pukul 9.

Sampai airport, terus berlari sambil berlatar belakangkan lagu 
Kabhi Kushi Kabi Gham. Nacoda hangge ham. Kabhi kushi kabhi gham....~~
Olay jangan nak mengarut ye anak-anak. Siapa yang bawah umur, 
silalah membaca blog ini bersama-sama ataupun di bawah bimbingan ibu bapa.
Amaran keras untuk anda, kalau tak nak jadi mengong macam orang yang sedang menaip ni.

Sambung balik..
Dengan lagu hindustan ini, maka berlarilah aku mengejar ibu tercinta.
Ibaratnya macam Shah Rukh Khan turun dari heli then terus berlari nak masuk rumah.
Mak dia pulak dah ada instinct yang anak dia dah balik.
Wahh kelas kau Datin. Imaginasi yang hebat!!
Dah berpelukan dengan ibu tercinta, #kali ini tak ada scene nangis tau..
Pergilah pulak bercumbuan dengan nenek dan mak anjang.
Woww 18sl ni. Maaf ye anak-anak bukan bercumbuan tapi
bermesra-mesraan. #lagilah ayat nak pulak 18sl. Ibu bapa sekalian awasi anak-anak
anda. Jangan salahkan saya kalau anak anda jadi begini. Amaran KERAS!!

Dah tu balik pulak rumah nenek, sebab ada kenduri kesyukuran.
Syukur! Aku masih disini. Syukur! aku bernafas lagi. *lagu altimet.
Rasa macam raya pulak sebab hampir semua yang datang kat kenduri tadi. Disini saya 
sebagai anak kepada salah seorang peserta umrah, mengucapkan beribu-ribu
terima kasih buat mak lang tercinta sebab masak sedap-sedap tadi.
Kena pulak dengan sambal udang. ermmmmm..
Memang nak kasi saya allergic kat situ.

Then lepas bersuka ria. Kami sekeluarga pulang ke rumah ku syurga ku, bersama ibu tercinta.
Dalam keadaan luar sedar, aku mengoyakkan beg luggage mama. 
Lalu mengeluarkan semua barang yang di beli untuk kami adik-beradik.
Lalu aku tertawa dengan riaknya. Hahahahaha #dengan gelak jahatnya.

Hah kejamnya aku. Aku tak lah sebegitu kejam. Aku ni anak solehah tau tak.
Heheh kepada ibu mertua di luar sana, pilihlah aku jadi menantu. *menyanyi sambil memegang microphone. Bila dah bukak satu-satu barang souvenir di serahkan.
Dah rasa macam pembahagian harta lah pulak.
Ahhahahah aku kaya aku kaya!!

So barang yang aku dapat adalah seperti berikut:





maaf ye tengah keciwi nak tunjuk cincin besor gedabak
di halayak ramai. Hahahahah #gelak jahat. 
Hambik kau cincin lagi besor dari jari. Ngeh ngeh mama macam tahu
je anak dia ni gemar cincin berbatu-bata.


I got two jubah. Actually this jubah ade selendang sekali tapi malu lah nak tunjuk. 
*sambil ketawa tutup mulut.Buwekkk muntah keluar udang seketul-seketul yang aku makan tadi.
Hilang allergic dah sebab dah keluar balik udangnya.
#Kalu malas tu cakap je lah malas nak ambik gambar. Kan senang cerita.

Yang macam kayu tu adalah kayu sugi. Ni pesen yang kecik punya. Kalau nak yang
batang besar sikit pergi kat Mydin. Hah Mydin lagi. Nak buat macam mana I penggemar Mydin.
Kalau nak yang lagi besar pun ada. Ni bukan setakat memutihkan tapi habis hilang
semua gigi. Nuh pi tebang kayu balak sana. Nasib lah kalau kena tangkap dengan pihak hutan.
Kalau kena penjara I tak tahu. You tanggung sendiri.

Yang dalam botol kecik tu ada lah minyak wangi. Suka bau dia
wangi sangat. #sambil beraksi macam dalam iklan minyak wangi bau epal tu. DKNY tak silap.
Ohhh silaunye ayat. Maaf ye anak-anak.
Ni ada seribu bunga macam tu lah.

Then yang seterusnyadalam tube tu adalah inai.

Dan seterusnya yang macam leopard tu adalah stokin. Ahhh cute sangat.
Selesa kot. Lembut gila.

Olay sampai sini je lah cerita malas nak bebel pangjang.
Assalamualaikum..




Thursday 19 April 2012

Mama dah Nak BALIKKK..

Yeayyy!!! Mama dah nak balik..
Im anxious to fetch mama from the airport tomorrow..

Apa yang best bila mama balik:
1. Tak lagi makan luar hari-hari. Memang lah sedap makan luar tapi
tak sesedap masakan mama.. Hehehe

Banyak lah yang best, sehingga tak dapat nak di listkan di sini.
I bet you all know the feeling.. 
Susah nak cakap. Dia ada dua rase, time mama tak ada dengan time mama
nak balik. Bila dengar mama nak balik tu, feeling dia tu macam happy 
gila-gila sampai nak melencot. 
Melencot ke meloncat?

Tadi mama just gave me a call. Rasa nak menangis
dengar mama hilang-hilang suara dia.
Wahhhhhhh!!! Menangis sekarang!
Sedih wooo. Dengar ibunda tercinta batuk-batuk hilang suara.
Tapi still nak cakap dengan kita.
Bukan rasa terharu, tapi sedih sebab dia still nak cakap
even dia sakit.

Oh My!! Im crying right know..
Tissue please..

Sekarang ni kat sana memang tengah musim batuk.
So siapa yang pergi beribadah kat sana balik memang akan batuk-batuk.
Pasal apa? Pasala kat Makkah tengah nak build balik building dia orang. So sekarang ni
dia orang dengan vigorously nye meruntuhkan bangunan-bangunan
yang dia orang tak mau. Vigorously. Suka hati aku je nak bina ayat. Hei! Suka hati I lah.
 Senang cerita dia orang sekarang ni tengah nak
 memajukan bangunan kat sana. Kalau kita tengok kebanyakan bangunan
dia orang kat sana kan semuanya sama. Sedondon. Sepesen.

Disebabkan dia orang meruntuhkan bangunan makanya terhasil lah habuk
habuk yang menyibuk. Hah! Aku tak faham ayat aku. Tolong perjelaskan. Tolong!

Siku dah lenguh lah. Malas nak taip dah, nak layan Encik TiubAwak pulak..
Ni lah dia anak yang dtinggalkan emak untuk pergi mengerjakan ibadah. Mak dah
elok pi beribadah anak pi layan Encik TiubAwak.
Sabor saja lah.

Assalamualaikum..

Thursday 12 April 2012

Baru Tiga Hari Di Tinggalkan

Hari ini nak cerita sedih-sedih sikit. Haaaaaaaaahh bukan sikit tapi banyak.
Masuk hari ini dah lebih kurang tiga hari mama tak ada menemani di sisi. haaaaaaaa
Tiada lagi yang mengejutkan aku pagi-pagi kalau
aku bangun lambat. Tak ada yang masak kat rumah ni. Nak buat macam
mana semua pakat malas nak masak termasuk aku.

Susah jugak tak ada mama kat rumah. 
Kenapa mama tak ada?
Lupa nak cakap. Mama pergi buat umrah. Alhamdulillah ada rezeki dia.
Sebab tu tak ada yang masak kat rumah.
Sedih lah rasa. Macam kosong saje rumah bila mama tak ada. 
Nasib baik ada budak berdua tu. Riuh lah sikit rumah ni.

Semoga mama mudah mengerjakan ibadah sana. 
Amin..

Assalamualaikum