Me Likes Jelita

Friday 30 December 2011

Wedding Part 1

  Assalamualaikum..

  Aku sangat suka kalau ade family yang buat kenduri. Tak kisahlah wedding ke, cukur jambul ke. Sebabnya kite satu family boleh berkumpul. Family mama aku boleh dikatakan rapat lah. Tambah pula semuanya dah beranak pinak, bercucu cicit pula. Lagilah meriah kan. Adik-beradik mama saje dah sebelas. Kalau campur yang dah bersuami isteri, dalam 20 orang family members sebab mak cik aku yang last belum berkahwin lagi. Kalau cucu pulak, ada dalam 44. Cicit lagi. Bayangkan meriah tak?

   Kalau ada wedding, panggil pulak atuk nenek sedara. Orang dulu-dulu anak kan ramai. Memang meriah gila lah. Lagi best kalau pergi baraan time Raya. FUUHh lagi best wo oh oh.

  Yang ni pulak wedding sedara aku merangkap cucu nenek aku, Angah. Penat gilalah masak. Sapa kata buat kenduri tak penat. penat woo. Lagi-lagi memasak. Renyah tau tak.

   Di samping itu adalah terselit celah gigi gambar majlis kecik tadi.. Seperti biasa menggunakan kamera handphone yang selalu dianggap sebagai DSLR..

Ni kat belakang rumah tengah masak. Mak Anjang

ni Mama. Antara legend dapur


Sampai Maghrib kot masak dari pukol 11 lebih. Penat gila, semua tulang-belulang aku lari. Angkat periuk bukan kecik. Besar kot.Masuk maghrib dah penat dah, boleh pulak ada datang seorang mak cik ni tibe-tibe komen itu ini. Air jangan manis-manislah, itulah inilah. Itu dah cita rasa kau.  Orang masak bukan untuk kau sorang. Pleaselah orang dah penat kot, tiba-tiba datang komen itu ini. Kenapa kau tak datang dari tadi je. Buat orang hangin je satu badan. Lastnya duduk je sembang. Cehh tadi kau yang beria-ria sangat.


Seperti biasa gambar menggedik mesti ada. Ni anak Mak Anjang. Post sebelum ni pun dia ada juga dalam post ni http://jellytieda.blogspot.com/2011/12/di-persilakan-untuk-anda-menggedik.html.  Tapi ni dah malam masa Mak Su adik Mak de nak nikah. Esok baru sedara aku Angah sanding sekali dengan Mak su.

Pelamin yang simple but nice and need a little more touch up.

This is my auntie. We call her Mimi. And sebelah dia my anak sedara. Oh ye Aku memang dah jadi mak cik, Along aku dah kahwin. ni yang second. Anak sedara aku pun panggil aku Mimi.

Ni lah Mak Su. Make up dia tang mate kene tukar sebab tak kene. Kalau nak cantik buat smokey eyes sebab mata dia sepet lah. Mak andam tak pandai adjust la. MAri belajar dengan Aida Jelita mehh.. Promote diri ye.

Budak kecik ni Adam. Along's first child. 

Tiga dara duduk di tepi pelamin. Duduk menunggu pengantin bernikah. Sambil tu snap gambar.

Ni anak Mimi. So comel and manja.. Ada facebook ,kot. Aku umr dia tak kenal lagi apa itu internet. Maju betul budak sekarang

Ni antara baby pingitan Aisyah, selain dari anak buah aku. Mata dia sangat lawa. Macam dalam komik tu. Serius. 

Time ni, sebelah aku ade photographer Mak Su. hmm hmm. hehe .. Dia guna DSLR, sebelah aku pulak ade mak cik guna iPad. Aku guna kamera phone. Adeii. Amik je gambar ni aku terus blah. Tak tahan lah duduk sebelah cameraman dia. wahaha.. Takdela rasa rendah diri pulak. Along lah ni tak bawak camera. Hissh

Mimi dengan Adam boleh bersama-sama bermain tongkat Ali berSakti. Tak boleh blah la Mimi ni..

Adam berlagak seperti BoboiBoy. Hei budak zaman sekarang ni..

    So ini lah untuk Wedding part 1.. nanti wedding part 2 untk majlis besar ye..

    Assalamualaikum.

Di Persilakan untuk anda menggedik

   Assalamualaikum....

   Sihat. Ofcourse lah kan kalau tak takkan tengok blog pulak. *daaarrr. Hari ini kite akan bercerita kisah dua orang sedara yang tiada kerja di waktu matahari tegak di atas kepala. Semua ini disebabkan cuti sekolah yang di rasakan terlaaaaluuuuuuuuu panjang. Bila sekolah rasa macam nak cuti. Bila cuti pulak rasa macam nak sekolah. Hei perasaan ni tak pernahnya nak betol kehendaknya.

  Dengan rasa bosan tahap menggaban, hati ni rasa tergamit pulak untuk bermain make up. Waahhh macam hebat saja bunyinya. Maka dengan make up yang sejemput, kami memulakan sesi me-make up dan kemudiannya sesi photo shoot pula.

   Terima kasih kepada along kerana telah memberikan beberapa pasang eye shadow secara percuma dan juga concealer(kalau tak silap, or dia adalah foundation) daripade meiko, tak hingatlah name die. Ala-ala macam tu lah nama die. Dan kemudian dengan hasl duit perbelanjaan sekolah yang di simpan. Kemudiannya secara bedikit-dikit membeli gel foundation and loose powder dari Avon(best pakai tapi tak sebest meiko tulah), kemudiannya blusher merangkap lipstik pon boleh juga dari Avon, eyeliner Avon, maskara Avon(best pakai gune minyak je kalau nak tanggal *minyak olive or kalau desperate sangat minyak masak aku pernah try sebab tak ada benda nak guna), vaseline *perlu ada, dan banyak lagi yang kebanyakan dari Avon.

   Untuk mereka yang merancang bujet, silalah bermula dengan Avon dulu sebab kebanyakan nya murah and dia akan lagi murah bile nak raya dengan Akhir tahun. dengan berbekalkan handphone hadiah tiga tahun lepas. Maka terhasillah sebuah photoshoot daripada Aida Jelita..

      Selamat menonton.. Sebelum tu, nak cakap kami ni memang suka menggedik. Jadi silalah faham ye. Terima kasih..

bayangkanlah masa ni dalam pukul 3 ke 4 petang. panas tak panas lah masa tu


ni sedara aku muda sikit daripada aku





ya aku tahu memang nampak gedik gila, bukan tahap gila tapi meroyan kot wakakaka

sangat gedik aku pun menyampah

Panas kot kat tingkat atas ni tengah tengahari buta pulak tu. Mat salleh pun tak nak berjemur ini kan Abang Salleh. Tapi yang bestnya, kain jemuran cepat kering. hehehe


Aida Jelita lah photographer. dan dia jugalah mak andam.. perlukan perkhidmatan Aida Jelita sila taip PERLUKAN dan hantarkan ke ON DAPAT

hidung minah ni kembangkan. Biasalah anak jowo

   Terima kasih kerana sanggup melihat gambar di atas. Silalah segera ke doktor kalau anda di serang penyakit gila ya.. Sebab aku pun naik gila ambil gambar budak ni. Macam-macam yang dikehendaknya. Dia ingat aku guna kamera DSLR ape. Rasa macam nak hempuk je ida tengah-tengah panas tu.

      Apa-apa pun TERIMA KASIH.. Sorry make up tak berape berkesan sangat dalam gambar ni. Tapi kalau real life memang nampak..heeh

Wassalam.

Special Untuk My Mama! Love you forever





   Rase nak nangis pulak bile buat post ni.. Alamak air mata dah meleleh lah.. Someone please hand me a tissue. Ye dalam nangis pun nak speaking tah betul tah tidak.

 hmm.. hmm.. Testing testing. Okay.

  Mama, I wanna thanks to you sebab sabar, menjaga dan mendidik kami adik-beradik selama ini. Beri kami makan secukupnya sampai kembang sekawah anakmu ini.

  Mama! I LOVE YOU.. You're forever in my heart.

  Sayang mak ibu bonda ummi mummy mama anda, silalah hiburkan hati mereka selalu. Berdoa untuk mereka ya! Semoga sihat selalu. And kalau yang dah tak de, sedekah kan Al-Fatihah untuk mereka.

   Assalamualaikum..

Tuesday 27 December 2011

Mamak! masuk buku tiga lima

  Assalamualaikum..

 entry ni khas untuk yang gemar makan macam aku.. waaaaa sebab tu aku ni kembang semangkuk. Tengah hari tadi aku ngan family pi makan kat rojak tepi masjid. Sebenarnya nama kedai tu 'Rojak Raja Jumaat', rasenye lah sebab aku tak kisah pun nama die. Janji dapat makan. Hehheh.. Tak ramai pun family members aku cuma ada mak aku dengan abang aku tu je.

ni mee jawa..hmmmphh pekat likat hohhh yummy gile.. kite orang tiga-tiga order ni. rojak die pun sedaap jugak. Kalau nak makan kat tempat ni cari Masjid Sultan Suleiman, Klang.

Makan pulak dengan air sirap limau ais..hohoho betulbetul how liau



and this is my lovely mama... cantik tak? macam anak dia lah Aida Jelita tu.. Waaahhh perasan betul kau Aida. Ada kelas gitu..



   And this pulak my abang yang gagah lagi perkasa... dia makan dua pinggan lah pulak, mama punya pun die kebas..Cehh.. Dah habis makan berpeluh-peluh sebab tak tahan pedas.Kwangkwangkwang Cap ayam betol la. Tapi serius memang sedap mee dia. Siapa yang berdekatan dengan klang silalah datang ye.Tempat ni pun dah masuk tv kot.. Kuali berasap.. Ape tah nama die tak ingat lah

 Jemput_jemput la datang ye. Wah ini dah macam promoter ni. Kene amik comission ni. Tak kisahlah, kite tolong sedara sesama islam betul tak. Kalau tak dapat kat dunia kat akhirat kan ada. Nampak tak betapa adilnya agama kite ni.

  Assalamualaikum, makan ye jangan lupe nanti kurus sangat tak lawa. Heh dengki  je. 

Monday 26 December 2011

Favourite snack

nampak tak ape tu.. Ape? Tak nampak? Ayoyoyo adaa masalah mata ka.. ini namanya cokolat.. Penghibur di kala hati riang. Stress? pi makan cokolat sana

its all about tea tea tea

    So entry kali ni, aku nak citer pasal teh. Mesti korang kate "what? nak cerita pasal tea je.. Darrr". Kan kan kan.. Betol kan, alah mengaku je aku tak marah cume sakit hati je rase nak hempuk dengan mangkuk. Wah ganasnye perempuan ni. heheh tak ada lah aku ni orang baik jangan risau. wahahah minah ni memang perasan jangan marah ye.
 
 Okay kawankawan kite masuk bab tea ye.. Kene masuk cepat kalau tak nanti asyik nak mengarut je memanjang. Lastnya entry ni tak de isi buat orang marah je. Kwnagakwangkang.. Jadi untuk pengetahuan umum, teh ni bukan lah sekadar minuman harian atau minuman orang lepas balik berkebun. Memang bukan pon sebab orang berkebun, balik rumah je cari kopi. Percayalah sebab aku selalu berkebun sebab tu badan aku aku bulat kembang semangkuk.
   
   Banyak je sebenarnya benefit minum tea ni. Antaranya boleh membuatkan kite awek muda.. Wahhh awek muda *muka bersinar-sinar lah pulak dengar awek muda. Pi tengok cermin bersinar tak. Kalau tak de cermin. Pi tengok dalam air ye. Banyak dah aku bace dalam majalah even dalam blog pon baca tulis pasal 'Teh untuk awet muda'. Tak payahlah nak pi cocok tang sini dia cocok tang sini. Membazir duit je. Kalau beli teh dalam RM 3 ke RM 4 dah boleh buat minum sebulan dah. Betol tak? Lainlah kalau korang minum teh yang harge beratus-ratus tu lain lah. Tapi sattulah nak ingatkan! kalau buat air tu jangan lah letak banyak gule. Tak jadinya awet muda tu. Kang tak pasal pasal kene kencing manis. So amalkan gula yang sedikit dalam pemakanan seharian ye. Waaaahh dah macam pegawai kesihatan kerajaan pulak.

oh ni gambar daun teh ye adik-adik khas untuk yang tak pernah tengok daun teh

   Moreover, wah im speaking lah. wootwoot. Teh pon boleh memberi ketenangan juga. So bagi yang bekerja siang malam, berkerah tenaga, bertitis peluh jatuh ke bumi tu, rileks. Take your time. Adakan masa untuk diri anda. Buat satu waktu macam contohnya 'me time'. Jangan bagi orang ganggu kite. Nap sekejap dalam five to ten minutes. Okay! Badan pun perlukan rehat juga. Even robot pun kite kene recharge dia balik.  Jadi belilah teh letakkan di pantry anda ye... Caranya duduk diam. No bunyi yang noisy. Stop thinking about your work yang menimbun because, trust me work never done. Sama jugaklah macam masalah. Selagi ada  kerja selagi tu ade problem. Biarkan otak kite rehat jap ok. Senang-senang buat surat mohon cuti, jangan mohon berhenti kerje plak. Nak bagi makan ape anak bini. 
          
macam ni sesuai untuk orang yang kerje menimbun sentiasa. masak air pastu bancuh. live's easy right

  Teh pun baik jugak untuk mencegah penyakit. Sebab ape? hah Sebab die antioksidan, yang selalunya ade dalam teh iaitu flavanoids. Bende alah ni ataupun Flavanoids ni dia banyak membantu dalam masalah penyakit  yang berpunca daripada radikal bebas macam barah. Lagi baik kalu minum teh hijau tanpa gula ye.
  
  Bagi yang ade eyebag bawah mata teh boleh membantu anda.. Caranya sejukkan dulu uncang teh itu dalam peti ais.. boleh lah tambah air siket kot. Ialah kalau tak nak tekap ape kat mata. Then bile dah sejuk, perlahan-lahan tekap kat mata ye. Dalam masa yang sama dia boleh melambatkan kedutan. Okay nanti try ye.
   
  Bagi yang baru balik dari holiday tu. Penat tak? Penat kan. I tahu. Nak hilangkan penat. Teh lah jalan penyelesaiannya. Jangan risau! Mr. Teh datang menyelamat. Korang boleh lah rest dengan minum teh sambil tengoh alam yang kehijauan. Oh ya penting untuk menanam tumbuhan hijau di rumah sket pun jadilah. Kalau nak berbaloi tanamlah pokok cili lepastu pokok limau purut kirenya yang boleh buat masak lah. Jimat tak payah susah-susah start enjin tengahari panas semata-mata nak pergi kedai Ali nak beli kunyit seinci. Tak berbaloi langsung. 
  
   Dalam pada tengah layan teh korang sediakan air suam sebesen campak lah uncah teh pastu rendam kaki tu. Memandangkan teh ni bertindak sebagai antifungus dia juga memberi manfaat pada kaki dengan mencantikkan kaki kite.

macam aku cakap tadi.. susah-susah ambil borang cuti pack barang start enjin pergi bercuti. Tak payah lama-lama, dua tiga hari pun cukop untuk release tension.


Cube tengok kakak ni. Sopan je pegang cawan tu. Tak tahu die kejung kat situ nak dapatkan angle yang baik.. wahahah kesian. Macam nilah take your time. Rilekskan diri buat kat ofis pun boleh time lunch break kan.


Sehelai teh itu ibarat selaut peluh petani. Hargailah daun teh kite. Terima kasih ye mak cik sebab sudi menyumbangkan gambar untuk blog saye yang tak seberape ni. Mak cik senyum dah macam iklan colgate lah. Saye suka... 

  Tidak lupa juga gambar yang ade dalam blog aku ni, Thanks a lot of the ring
  See yahhh..
    Assalamualaikum......


       

Mari mengaji

    Baru-baru ni atau sebenarnya tadi aku baru tonton kat youtube bukan dekat TONTON ye. Tajuknya jangan buka Quran dengan air liur. Macam pelik ka.. seriously mula-mula aku pun terkejut sebab dah biasa tengok orang-orang tua kite buat macam tu kan. Even nenek aku pun buat macam tu.
   Bile dah dengar Ustaz Azhar Idrus punye explanation baru lah aku sedar kenapa tak boleh buat macam tu. Cuba fikir balik, marah tak bile orang tibe-tibe boh air liur kat muka kite? Marah kan.. Aku pon marah. Nasib baik aku tak amalkan bende ni. Bagi yang dah biasa mengamalkan, tak apa stop berhenti selak Quran dengan air liur. Jangan risau kalau sebelum ni selak Quran dengan air liur sebab kite tak tau kan? So sekarang ni bile dah tahu jangan buat ye...




                                         


  teruskan mengaji ye...
   Assalamualaikum

Thursday 22 December 2011

Perjuangan tiga tahun

 
abaikan wallet tu saja je nak tunjuk ade wallet baru(alah wallet beli kat pasar je chill bro)

     nampak tak berapa A.. haha tak nampak maksudnye dah tak lama dah lah tu. hahah jangan marah actually aku pon tak nampak, saje je ayat kasi saspen. cerita pasal tajuk kat atas tu actually (berapa banyak actually darr dia nak letak) perjuangan tu bukan tiga tahun pun. Aku study hard time tahun yang ke tiga je. Pecah kepala nak revise dua tahun punya subject. Just imagine satu subjet paling kurang 8 topic and paling banyak dalam 12 ke 14 topik macam tu. Itu baru satu subject belum kire semua subject campur tahun lagi. Tu dia pecah kepala nak revise.
        Masa kat sekolah tadi aku rasa aku dengan gang aku paling riuh sekali. Bayangkanlah straight ke berkonar-konar ke kite orang punya result, mesti menjerit. Actually (hah die sebut lagi) gang aku tak de lah yang konar jauh sangat, agak-agak terlanggar divider sikit pastu lurus terus dah tak jauh sangat lah melencong nye.. If I'm not mistaken, (cehh ada hati nak speaking tapi BI dapat B sengal je) gang aku tiga orang dapat Straight. yang sorang lagi im not sure sebab dia tak datang lagi masa aku ambil result. maybe 4 kot sebab Athirah tu pandai gak.
             nie awek nama die. die nangis masa kol mak die wow die dapat lagi tinggi dari aku 7A kot

     Meleleh tak meleleh lah air mata die. Aku ni pulak setitis pon tak turun. Aku pon tak tau kenapa, sejak kebelakangan ni aku macam dah jadi orang yang tak berperasaan pulak. Yang pelik tu bile kawan aku dapat Straight A aku pulak yang nervous sampai nak menangis. Mungkinkah ini bermakna hormon ku semakin berubah. Ye inilah yang dinamakn hijrah. 

        and yang ni result aku tak gempak biasa je 6A2B aku antara yang terkonar jauh la dalam gang aku nganlagi sorang Wifey aku, my soulmate. soulmate lah sangat. Woi jangan ingat aku lesbian pulak. aku normal single but not available. hahaha mintak maaf ye tak de hati nak bercinta lagi(perasannya lah budak ni). Gambar atas ni pon boleh nampak sebab dah photostat.
           Nati dulu jangan ingat aku ni batak sampai nak Photostat. Baru lah nampak kan actually hahah saje je tambah actually tu. Oh ni mak nak selit sikit cerita kat sini. Kedai Photostat tu dah naik harga kot dah jadi 5 sen dah dulu 4 sen je, mungkin sebab dah ade duit kertas dengan duit syiling baru kot.? macam tak de kene mengena je.
         Nampak tak kat gambar tu yang paling bawah skali.. Lulus wooot owooot... Alah bende itu (Perkara Asas FArdhu Ain) saje je nak kasi orang pening bace.



                                                                   ini kat dalam kereta
         
       Inilah sebabnye pergi photostat kat kedai naik harge tu..heheh its all about money money bla bla ha ha ha..minta maaf ye kalau tibe2 ribut petir sambar menyambar bile saya menyanyi. Sambung je baca. Ni kat depan koperasi nak tuntut duit la bile dah berjuang hampir tiga taun(darrr). Sape nak bagi duit free macam tu je kan. Ni lah untungnye bile mak anda adalah seorang ahli koperasi... Sila silalah ye mendaftar dan mengundi.. hah ini dah masuk politik dah ni,


          ok jumpa lagi. Kene stop kat sini kalau tak makin panjang lah ayatnye. terimakasih sudi membaca

Monday 19 December 2011

Homemade Pizza

hahahahha jangan terperdaya bukan homemade order je kat pizza

Hari semakin mendung

                                   
Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya mendung di tengah hari. kain yang aku sidai tak sempat lagi nak kering sepenuhnya tiba-tiba jiran aku ketuk pintu dapur cakap dah hujan. Luluh rasanya hati ini bile kain yang di jemur tidak sempat kering. Almaklumlah sekarang ni kan musim hujan nasib baik mak aku ade beli penyidai kain yang boleh lipat tu, untuk buat letak dalam rumah

   aku pun dengan malasnya capai selendang, letak atas kepala bawak ke belakang yang berjurai-jurai tu lalu melangkah ke belakang untuk mengangkat jemuran. yang malasnya nak kene panjat naik tingkat atas nak jemur kat dalam plak. Nasib baik lah rumah ni tak stinggi klcc kalau tak dah lama aku runtuhkan sampai beberapa tingkat je. yelah kesian gak nanti tercabar pulak klcc kan sebab rumah aku lebih kurang tinggi je dengan bangunan die. inilah die namanya akhir zaman, manusia berlumba2 nak buat bangunan tinggi-tinggi. 

 Dok sedap aku tengah menjemur kain dengan ala kadarnya, aku dengar suara sumbang menyanyi-nyanyi. Bila dengar betul-betul lah budak ni rupanya (jiran aku punya sedara. sebenarnya jiran aku punya sedara ni pernah jadi jiran aku *paham tak maksud aku). memanglah mendung di tengah hari sebab die nyanyi. Suara die agak over sikit lah sebab dia nak nyanyi macam siti nurhaliza tu, tapi terlebih teran di kerongkong lah pulak, lalu membuatkannya menjadi sengau dan tidaklah semerdu siti nurhaliza, misha omar dan sebagainya.

  jadi melalui cerita ini tolonglah jangan menyanyi  bagi suara yang terlebih merdu dari siti dan misha.. macamlah suara aku ni sedap sangatkan.. haha suara aku tak lah sesedap mana, tapi boleh la menang The X Factor.. hahaha perasan betul budak sorang ni. ye aku memang seorang yang perasan. 

  Jangan marah ye. Sekadar gurauan je untuk menceriakan hari. bagi yang suka menyanyi teruskan menyanyi tapi tolong pilih waktu yang sesuai ye, ini tak nanti tak pasal-pasal banjir nanti. Oh ye cakap pasal banjir ni doalah banyak-banyak moga-moga tempat yang tidak banjir lagi tu tak kene banjir dan yang sudah banjir tu mudah-mudahan surut banjirnya dan tidak ada perkara yang serius berlaku.

   pesanan hikmat masyarakat, jangan main air ketika banjir!

Menjelang Hari yang dinanti

hari yang di nanti hahahaha..banyak lah kau punya hari yang di nanti, hari yang mendebarkan sudah.. ye hari yang mendebarkan itu ialah hari result.. ohh tidak kenapa hari itu pasti datang tak boleh ke skip ataupun lupekan je hari itu berdebar tak tentu arah dah ni rasa macam nak lari jauh-jauh je.
    alamak kantoi yang aku ni budak sekolah lagi kan..hmm memang la secara dasarnya aku ni budak sekolah tapi secara realitinya orang nampak aku ni dah macam budak universiti dan sedang mencari pekerjaan. hahah tak lawak kot menyakitkan hati adalah., aku  ni macam dah tua sangat dah !00!..biasanya yang cakap macam ni ofcourse lah mak cik mak cik kan..sape lagi
   hari yang dinantikan Khamis ni 22/12/2011 bertempat di :ofcourse lah kat school tak kan lah kat mydin kot *ye lawak yang tak kelakar apatahlagi lawak yang tak menjadi ngengenge
   terima kasih kepada atik kerana membuatkan aku berdebar..actually bukan aku sorang je malah semua kawan kat twitter dah start heboh (perasan tak aku gune perkataan malah?sungguh tak disangka aku menggunakan perkataan itu)
    jumpa lagi.............