Me Likes Jelita

Wednesday 29 February 2012

Hari Kita Berkeluarga!!

              Dalam meneguhkan sesebuah institusi kekeluargaan kita haruslah senantiasa meluangkan masa untuk bersama bagi merapatkan hubungan kekeluargaan agar semakin teguh.

Olay.. atas tu sebagai ayat pendahuluan saja. Pujangga tak ayat tu. Kalau pujangga, smile widely. 
Jadinya hari ni nak bercerita tentang hari kelmarin. Kenapa dengan hari kelmarin? Ohh 
kelmarin kite ade hari keluarga dekat office mama. Tak taulah ape tujuannya tapi kalau difikirkan mestilah
 untuk merapatkan hubungan silaturrahim kan. Ofcourse!!

So pagi tu start lambat. Pasal apa tak tau lah pulak. Nasib baik orang yang
kehormat tu cakap sekejap saja. Huh!! *dalam hati .
Ialah kita nak berhari keluarga buat apa nak berhujah panjang. Dah lah matahari terik. Memang 
nak kasi semua orang berapi lah kan..

So gambar pertama..

Tapi yang buat senaman ni tak ramai pun yang join.. Kesian kan. Tak ada semangat
kesukanan langsung. Actually, aku adalah barisan last sekali. Nampak tak berpa sikit yang join.


Olay..Yang ni saja kasi nampak klasik sikit. Berjayalah jugak rasanya back tu 80's.
Perasan sungguh.. Konon photographer lah. cehhnhh

Nampak tak apa yang cuba disampaikan sebenarnya. Tak nampak ke? Adeiii. Rasanya ini kot antara sebab kenapa ramai yang tak join senaman panas badan ni. Ceh tengok mak cik ini pakai apa. Dia bersenam pakai kasut biasa. Itu tak apalah lagi. Ini siap bertumit pulak tu. Adeiii sebak rasanya.
Tapi tak apa lah asalkan dia ada inisiatif nak bersenam. *still tak bloeh terima perbuatan
mak cik tu sebenarnya. Jadi disini ingin saya tegaskan. Bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar. Maksudnya kita kena lah ikut kesesuaian waktu, tempat dan occasion.
*peribahasa yang tak berapa sesuai sebab time nak taip lupa semua peribahasa.


Its a sunny day..

After the senaman badan. We moved on to the next aturcara. Ada banyak acara tapi tak ambil gambar 
sebab tak ada orang yang ambil gambar guna phone.. waaaaaa. Sedih je. Semua 
guna camera DSLR. Tapi tak aku bangga pakai camera phone je sebab camera phone aku pon dah cukup
cantik dah..

Antara activity:::
owhh Yang ni mereka sedang bermain  kerusi panas. heh bukan. Mereka sedang bermain musical chair..
Yang ini untuk orang tua saja. Hehh? Ialah orang tua sebab saya masih muda dewi remaja lagi. Tak tau ke?


Mereka bergembira!!! Biasa lah bukannya selalu nak terkinja-kinja kan. Sekali-sekali tiada salahnya.


Pelbagai aksi yang dapt dilihat. Semoga mereka bergembira hendaknya..!!
Kalau tak gembira tak taulah nak buat apa lagi. Hadiah pun dapat.


Walaupun terpaksa berebut-rebut tapi bila nak duduk mesti kena sopan-sopan. 
Budaya kita Bahasa kita.


Olay aksi dah semakin merbahaya dah ni.. Inilah dia orang zaman sekarang. Bukan macam orang dulu. Cuba contohi mak cik seperti gambar di atas *waaahhh puji mak sendiri nampak.
Alah nama pun game kan. Tak adanya mereka dan kita ni nak bersopan. Sekali-sekala apa salahnya. *ulang lagi ayat tadi.. Jangan bosan membaca ye. Nasihat-menasihati kan perlu dalam kehidupan..


Sila jangan tiru aksi ini di rumah ye..amaran merbahaya!!! hahahahah

Last pic with mama.. Penat lepas bersuka ria..

Dan hari yang best untuk di lalui..Hope next year will be another hari keluarga..

Cantik tak? Cantikkan. Tau dah! hahah so sangat very perasan..

Ohhh..I won this bottle. Its Bros bottle. Thank to Allah S.W.T because at that time my old bottle baru bocor.
Alhamdulillah..

Assalamualaikum.
Have a nice day?!?"":






Friday 17 February 2012

Cuti raya Cina

Cuti raya cina tahun ini memang memenatkan. Kita orang kena cat kelas. Penatnya Allah saja yang tahu. 
Ni yang nak cerita hal sebenar ni. Boleh tak budak lelaki seorang pun tak datang nak tolong cat 
kelas. Bayang kan yang mengecat perempuan semua. Memang dah pupus kot lelaki kat dunia ni.
Dah lah yang menolong semuanya perempuan. Bilangan nye kecik pulak tu.
Sabau jelah..

Gambar permulaan kenelah letak kan..
Ni masa dah habis mengecat. Dah macam tarzan dah rasenya. 

Sambung semula cerita kita. Jadinya kami mengecat selama dua hari. Yang mengecat adalah dalam 5 orang.. Cat bukan boleh sekali. Mengecat kenalah dua layer baru elok dinding. Tak bertompok.
Tapi kelas kita orang dah cantik dah. 
Apapun puas hati bila tengok kelas dah lawa. Kalau tak menang jugak
tak tau lah..

Ada orang kata kita orang dah macam terorrist dah.. hahah kelakar. Nak buat macam mana habuk dia bukan main banyak lagi. Kalau ada orang nak beli habuk dah lama kita orang timbang pi jual.


Ni yang kasi penat tu. Nak kemas lagi. Nak buang habuk lagi. Nak gosok cat ni lagi. 
Susun meja balik. Adeii


Yang budak berdua ni, Dia orang datang masa hari kedua. Hah yang hari kedua ni lagi thrill. 5 orang je yang nak mengecat. Nak lagi thrill time nak cat sampai atas. Huh,, Serammm!! DAh panjat meja. Letak kerusi 
pulak kat atas meja tu. Kalau rasa belum buat wasiat lagi pergilah buat wasiat dulu. 


Second day mengecat. baru berus ala kadar. Tutup pintu kelas.  
BALIK!! 

Tapi apa pun legalah dah. kelas dah cantik. Sekarang ni nak tengok hari isnin nanti kelas
mana yang paling kondusif. Kalau tak 
menang memang nak kena buat rusuhan kat sekolah ni.
Ehh!! Tak de lah. Pecah pulak gegendang telinga ni kena
ceramah dengan mama.
Buat naya je,,

Selesai dah cerita..
Assalamualaikum


Umurnya Berganjak

         She's to me are everything.
Love her so much..
Happy belated day Mama.




SUPRISE!! Terkejut Sangat

Berkurun lama sudah lamanya jari ini tidak dilentok-lentokkan kat atas keyboard ini. Busy you. Busy sikit je dari PM. Hah nak buatmacam mana dah lumrah orang study memang lah macam tu kan. Terima saje lah.
Jadinya minggu merupakan antara minggu yang tersibuk sekali. Dengan kerja sekolahnya. Kena present untuk sejarah lagi. Oral untuk bm dengan bi. Itu nak kene prepare lagi. Bukan boleh buat cikai-cikai saje. Adeiii lemah urat sendi kentut aku. Nasib baik boleh kentut lagi.
Alhamdulillah..


Hari ini bersamaan dengan hari Jumaat, aku telah pun mendapat satu kejutan di sekolah. Dan sebenarnya berasa agak kurang senang. Tapi nak buat macam mana terima sajelah.

Baru bermimpi nak balik dengan beg ringan tapi rupanya hujan di tengah/hari. Selepas baca Yasin kat serambi *rutin mingguan pelajar islam. Cikgu kelas pun masuk. Baru bersemangat nak buat oral. Tiba-tiba cuping telinga terasa suam-suam kuku apabila mendengar jkita orang kena ambil buku bio, Physic, Chemis and etc untuk dalam bahasa pulak. #whattheheck. Macam tak percaya saje kejutan yang kita orang dapat ini.
Terpaksalah bahu ini menanggung beban yang sama seperti pagi tadi atupun lebih dari pagi tadi.

Olay, itu tak apalah dah boleh terima dah qada' dan qadar yang kita orang kena ada buku ini. Then, bila sampai rumah ada satu lagi masalah. Aku nak sumbat tang mana buku-buku ni almari aku dah penuh.

Nampak betapa penuh nya tempat nak boh buku ni. Ini pun sebab ada lagi buku kat dalam beg. Bukan semuanya kat situ. Adeii!!


Tak tau lah nak boh mana buku ni. Letak bawah katil buat kumpul habuk saje. Letak kat tepi nanti datang Ainsofea habis rabak pulak buku-buku ni. Kan best kalau ada satu bilik besar untuk wardrobe.

Macam ni pun dah okay sangat dah.. Tapi macam susah saje. Aku bukannya suka mengemas pun. Almari yang dalam bilik ni pun tunggang terbalik. Kadang-kadang macam tonbgkah pecah, kadang-kadang kemas tak terperi. Rasenye untuk memiliki bilik seperti ini bagi mereka yang sejenis dengan aku, pastikan kita mempunyai seseorang maid yang boleh menguruskan hal ini.

Sekian..
Assalamualaikum.