Me Likes Jelita

Tuesday 1 May 2012

Please Be NICE To ME!

Sebagai seorang remaja yang cantik mulus, ada saja yang
mencemburui diri ini. Hahh! #mengeluh lemah dengan tahan di dahi.
Jerawat musuh utama ku. Oleh itu, saya mencadangkan
selain mengadakan hari untuk pekerja apa kata kita adakan  hari 1 Malaysia 
Benci Jerawat. BERSIH!!! Hoi selamba saja nak berpolitik di sini.
Maaf ye tiada unsur politik di sini. Hanya ingin meluahkan rasa gundah- gulana di hati.

Dah banyak dah benda yang aku try. Biasa nya awal permulaan memakai tu,
nampak berkesan tapi nanti dah lama dia dah jadi tak load macam tu.
Maksudnya, produk tu akan kurang berkesan.
Ubat jerawat yang aku masih pakai sekarang ni *sementara nak tunggu
habis sebelum nak beli ubat jerawat yang baru
dia membunuh jerawat (membunuh! wahh gempak ayat kau Jah!)
dia jugak ada memutihkan. Aku okay je dengan putih ni, tapi kalau pakai terus tak ke 
muka kita akan memutih dengan gembiranya tanpa menghiraukan 
kulit yang lain. Gila kau! Buatnya muka saja putih tapi tangan hitam buat apa.
Tak seimbang langsung so.

So baru ni aku cari moisturiser sebab moisturiser aku dah hilang.
Bila sampai tesco mula-mula nak lah try Nano White, tapi bila difikirkan
dan atas nasihat kidmat masayarakat aku pun telah membeli satu produk ni.
Murah saja tak mahal pon. Bila dah murah mak aku pon dekat situ tanpa membuang masa 
lagu dia pun bersetuju. Hahahah

Ni lah produk nya. Hambik kau dengan gambar sekali aku tunjuk. Puas hati!?
Aiken!! Produk ni memang untuk jerawat. Dia berasaskan atau berunsurkan tea tree oil.

Olaylah tu kan. Best juga lah. Pakai dia.

Apa yang dia tulis kat botol:

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner:
1. dia kata ada tea tree oil untuk protect skin from pimple
2. ada plant extracts. Helps improve moisture balance on skin
3. dia memang untuk pimples-prone skin, remove excess oil, control shine,
and refining pores
4. regularly use helps keep skin healthy and pimple free
Harga dalam RM5++

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion:
1. dia kata sama je macam nombor satu untuk toner tu, baca je lah balik
2. light oil-free water based formulation so that oily skin dengan combination skin
can use this product
3. baca balik nombor 3 untuk toner tu
4. formulated at skin pH. regular use keep skin healthy and
pimple free
RM6++

Tak berapa hingat sangat lah harga. Almaklumlah bukan kite yang bayor weihh.

Pros:
1. Best pakai lagi-lagi moisturiser tu sebab bile pakai muka tak berminyak sangat
berbanding dengan moisturiser yang aku pakai sebelum ni

Cons:
2. Bau agak kureng mungkin sebab dia tea tree oil kot so sebab tu lah bau dia tak best

Tak boleh nak bagi banyak pros and cons sebab baru berapa hari pakai.

Harap-harap berkesan untuk muka lah. Ingat lepas ni nak beli pencuci dia
dengan ubat jerawat dia.

Harapnya toner dengan moisturiser boleh mengurangkan jerawat kat muka yang tulus mulus ni.

Assalamualaikum.


5 comments:

  1. jgn putus asa untuk merawat..hormon sama tu.dulu saya jd jerawat teruk sgt2.saya guna clean n clear gel jerawat tu pastu saya buat x tau kira tak pikir sgt sampi stress.last2 hilang tp bkn sekejap..amik masa sebulan dua gak.

    ReplyDelete
  2. hah..nnti kalau dah pakai lama sket, blh bagi review product eh?:)

    ReplyDelete
  3. sy bru je pkai set Aiken xsampai seminggu.. muka sy jerawat+ruam+parut.. Guna sume yg tea tree oil.. Aiken cleanser, aiken tea tree oil 100%, aiken krim tea tree oil ngn bedak serbuk aiken tu..okay cikey dr yg sebelum ni.. Yang paling nmpk ketara,muka rse lembab2 pdahal tak bermnyak langsung.. Parut kurang.. Tapi kekadang de gak jrawat seketoi dua yg naik.. Adat la ikot hormon dalaman.. Nak luar je okay tapi dalam tak cuci xleh gak kan.. Pelan2 tgk result..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saye pun bru pkai toner.Alhamdullah muke rase segar je .jerawat tu ad lha seketui.

    ReplyDelete