Me Likes Jelita

Wednesday 11 January 2012

Ling Chong Woi beraksi..

             Siapa tak kenal Lee Chong Wei. Pemain badminton negara kita. Ehh jap Datuk Lee Chong Wei. HAhaah banyak sangat dah yang jadi Datuk sekarang sampai dah tak terkira. Itu belum kira dengan yang dah tersedia ada menjadi Datuk sejak azali lagi. Sebelum berleter lebih panjang marilah kita merenung gambar Lee Chong Wei dulu ye.

                                                        
  Nampak tak yang dalam gambar tu..handsome tak.. Wakakak memang la handsome sebab itu Lin Dan
memanglah handsome...

Yang ni baru Chong Wei...

Sebenarnya bukan nak cerita pasal Chong Wei. Macam tajuk di atas, kita nak bercerita tentang Ling Chong Woi. Hari ni Ling Chong Woi, seorang pemain badminton dan bakal menjadi wakil negara ke olimpik tahun 2020 nanti. Ketika sampai di tempat untuk di temuduga,kelihatan ramai peserta yang mengambil tempat disana. Wah pujangga sungguh ayat ini. Hei jangan pandang sebelah mata, hanya kerna nama ku Ling Chong Woi.

Jadi setelah membuat cubaan di hadapan guru secara beregu. Kami ditolak mentah-mentah. Heh bukan nya buat cubaan pun. Aku ni sepukul pun tak lagi. Sebab awal-awal lagi beregu lawan serve tak dapat. Pastu setelah beberapa kali serve tak dapat. Maka dengan kuasa veto yang ada pada cikgu, terus cikgu suruh tukar pasangan yang lain. Mungkin cikgu malas nak tunggu kot. Hei cikgu ni, saya tak sempat nak sambut pun shuttlecock tu. Tak apa mungkin cikgu tak nampak lagi bakat saya. Ceh berbakatlah sangat..

Jadi bila dah tak dapat tu kita orang pun pergilah bermain tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling kami. Dan ada juga disertakan gambar. Heh ada jugak ke? H

Heiii mestilah ada. Mana boleh tak ada. Rasa macam kosong je hidup. Hehehe



Tolong abaikan jerawat itu ye...ye aku tahu jerawat tu memang untuk orang yang                                                    ade muka manis je hahaha..



Bergembira adalah perlu.. kepada encik Colgate kalau perlukan khidmat pelakon untuk tayang gigi dalam iklan dipersilakan untuk memanggil kami. Itupun kalau lami sibuk tak ada latihan badminton.                                         Ceh macam dah sure dapat je masuk pertandingan..

tengoklah ramai kan yang datang. Aku ingat ada lah dalam 10 ke 15 orang. Sekali dia bagi 50 ke atas lah. Macam mana nak jadi Ling Chong Woi ni. Adeii


Hah yang ni bukan awek Lee Chong Wei tapi kawan aku. Sekarang ni nama panggilan manja dia cutefoot.. Comei kan nama panggilan dia

Kehadiran aku ke sekolah adalah atas belas kasihan Atikah yang baik hati lagi penyayang..                            Wahh ayat tak boleh nak berbunga lagi ke?





Mari kita tenangkan diri sebelum berkerah peluh untuk kali yang seterusnya. Dalam hidup ini kita perlu senantiasa tenang dalam pelbagai perkara. Maksudnya jangan lah kelam kabut sangat. Okay! Apa tujuan nya bersikap tenang ini adalah untuk melancarkan sesuatu perkara itu..

Sebenarnya gambar ni bukanlah menenangkan diri. Cerita sebenarnya ialah.... Setelah penat bermain badminton secara berdiri. Dan terpaksa berlari-lari untuk mengejar bola. Sehinggan menyebabkan semua penebat yang ada dalam badan ini bergegar. Kami pun mengambil keputusan untuk berlawan badminton secara duduk di atas lantai. Begitulah ceritanya. 

Dan untuk pengetahuan permain badminton secara duduk ini amatlah berbahaya dari segi pergeraka. Kerana anda mungkin akan terdorong untuk melakukan aksi 13PL ketika bola dipukul terlebih kuat. Tapi permainan ini fun dan membuatkan urat-urat pinggang berbelit-belit. Apatahlagi berpintal-pintal.


Kita orang memang tak pernah pasang niat nak jadi pelakon iklan colgate. Tapi amat berbakat dalam membuat aksi. Tapi tak nak jadi pelakon aksi untuk iklan colgate.. ngengenge.






Sweet tak gambar ni? Sweet kan. Haha i dah tahu dah uolls akan kate gambar ni sweet..
Ahahhahahaaa*gelak gedik ye semua.. Kasih sayang adalah sangat penting dalam sesuatu hubungan itu. Selain dari kasih sayang yang ikhlas lagi suci, perlulah ada kepercayaan terhadap pasangan. Walaubagaimanapun, hidup di dunia ini bukanlah semuanya free. Nak masuk toilet pun kena bayar you. Ini kan nak bagi makan anak bini. Betul tak? Jadi berjimat-cermatlah dalam hubungan ye anak-anak. Heh! Apakah maksudnya? Cari dalam Google Translate ye itupun kalau sepupu Cik Google ni faham.


Tak tau lah kenapa aktiviti gambar mesti ade. Almaklumlah orang minat bergambar memang macam tu.. Sebenarnya tak dapat pun nak masuk pertandingan itu. Sebab aku hanyalah Ling Chong Woi dan bukanlah Lee Chong Wei. Even yang cuba depan cikgu, aku dengan Atikah je. Yang lagi dua tiga ekor tu tak buat pun depan cikgu. Maaf kalau ada yang tersinggung dengan ayat tadi ye. So kita orang main je sampai lah semua orang balik. Hahah tu yang ada sesi bergambar tu. 

Sekian sampai sini je lah. Tiba-tiba rasa malas nak cerita..
Assalamualaikum
Kurangkan dosa tingkatkan pahala.. hehehe




No comments:

Post a Comment