Me Likes Jelita

Monday 9 January 2012

Yuna Vs. The Great Kat

   

          So hari ni kita nak bercerita tentang muzik. Seperti yang semua orang tahu, industri muzik sekarang ni semakin hari semakin meningkat. Faham tak apa yang aku maksudkan. Hahaha sebenarnya aku pun tak berapa faham. Macam ni lah senang cerita, industri muzik sekarang ni dah semakin ramai yang menceburinya. Selain itu, bidang seni juga ada pelbagai. Boleh dilihat dari segi genrenya dan banyak lagilah.

         Bila dah bercakap soal seni ataupun muzik. Hari ni cerita pasal alat muzik. Jadi apa yang aku berminat untuk bersyarah, adalah tentang alat muzik. Iaitu, GITAR. Hmmm seperti yang semua orang tahu, sekarang ni hampir semua orang sedang menggilakan gitar. Ehh ya ke sekarang? Bukan dulu ke? hahah lambat betul minah sorang.

       Selalunya bila cerita pasal gitar. Mesti semuanya lelaki kan. Haaa hari ni mari kita bercerita tentang guitarist perempuan pulak. Almaklumlah yang sedang menaip ni adalah seorang wanita. Dan mungkin juga yang sedang membaca sekarang ni juga adalah seorang wanita. Kalau bukan, Korek hidung sekarang. Hahhaha tak adalah, gurau je. Heh korang buat ke. Jangan! Dah tengok orang sekeliling belum. Heheheh

         Sepencarian aku bersama Encik Google. Hasil yang aku dapat ialah seorang je pemain guitarist perempuan yang tersenarai dalam 10 pemain gitar terbaik dunia. Dan antaranya adalah 9 lelaki yang lain. Nama dia, The Great Kat. Yang tu nama samaran dia je.


                                               
   
        Silalah jangan takut apabila melihat gambarnya ye,,, Aku pun nak melompat bila tengok gambar dia..

         Selain daripada bermain gitar Kat juga ada bermain biola. Dia sebenarnya bermain musik jenis trash metal. Jap jap ya ke trash metal tu jenis muzik. Hah hantam je la. Aku mana tau apa bab muzik ni. Bab makan  pro lah aku.


       Kalau kat Malaysia ni tak tau lah wanita mana yang hebat bermain gitar. Ceh tampil kehadapan. Kalau perempuan yang rock-rock ni seorang je lah yang aku tau. Sapa lagi kalau bukan Ella. Cakap je Ella semua orang yang mengenalinya kenal. Hahah kalau penyanyi perempuan yang bermain gitar ramai sebenarnya dan antaranya kalau yang kita nampak, Yuna. Tapi dia tak lah bermain rock-rock macam Kat.

     Selain Kat ada lagi sebenarnya. Misalnya, Joan Jett dia bawak genre rock and hard rock. Lain dari itu, kita ada Lita Ford. Yang ni pulak bawak genre heavy metal dengan heavy rock. Sebenarnya banyak lagi gitaris wanita yang terhebat di dunia. Cari aja Mr. Google mesti dapat.

     Bagi wanita di luar sana jangan lah malu apatah lagi segan. Majukanlah kaum wanita. macam lagu nasyid tu. Wanita itu mampu menggoncang dunia. Apalagi, bangun wanita! Bangun! Bangkit dari tidur mu yang melemahkan urat saraf mu. Haipp jangan nak merusuh pulak ya. Jangan ya. Kalau nak bersuara wahai wanita, kita buat secara aman adil dan sakasama. Jangan menyusahkan mana-mana pihak..

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment