Me Likes Jelita

Friday, 13 January 2012

Periuk Belanga Hangus

   Dah nama pun periuk belanga hangus. Of course lah kita akan bercakap pasal makanan. Jadi hari ini kita akan berkongsi satu resepi yang sangan senang, murah dan simple ye anak-anak. Meh! Meh! duduk rapat meh! 

Jadi apa yang kita perlukan hari ini ialah. 
Yang pertama. Sebuah periuk. Tak kisahlah periuk apa pun. Periuk belanga ke periuk kaca ke periuk besi ke gangsa ke perak ke. Yang penting ianya adalah sebuah periuk.
2. kita perlukan air. Tak perlu banyak sekadar celah gigi je. Heh! tak adalah. sikit je ikut kuantiti ye anak-anak. Faham tak ape yang mak cerita ni? Faham. Okay kita sambung ye.
3. Kita perlukan seketul ikan. Kalau boleh ikan yang fresh, halal dan dijamin kebersihannya. Lagi baik kalau bukan ikan yang ditangkap dari sungai klang. Huii tak sanggup mak nak.
4.kemudian kita perlukan hotdog ye. Bukan hotcat apatahlagi hotchick.
Dan ramuan yang paling istimewa dalam resepi ini ialah..
Sepeket Maggie cukup rase. Heh ada ke?
Inilah yang dikatakan murah cepat senang dan mudah. Lagi murah kalau maggi tu dapat percuma kan kan kan...

Baiklah cara-caranya:
1. Potong hotdog sesedap rasa. ikut lah nak potong gaya mana pun. nak jadi bentuk pokok ke, bentuk buah ke dan macam-macam lagi ikut kreativiti masing-masing.
2. Beli ikan kat kedai Ali atau Mydin atau pasar besar atau kedai Acheh untuk mendapatkan ikan yang murah. Lagi baik kalau pandai ber-bargain. Jimat kos. Dah nama pun resepi yang jimat kan.
3.Kemudian rebus ikan dengan kuah kari maggie tu ye. Dan masukkan pula hotdog ke dalamnya.
5.Dah jangan tunggu depan periuk tu pi sidai kain ke basuh pinggan ke tengok TV ke.
6.Bila ikan dah hampir masak masukkan maggie yang masih keras tadi. Tunggu dalam 3 minit. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan. Sedia je tau jangan makan lagi.
7.Apalagi makan lah.. 

Amacam best tak resepi. Haaah bestkan. Rachel Ray pun tak boleh lawan tau. Lepas ni pi cuba ye. Korek je peti ais mak kita. Macam-macam boleh jumpa. Lain lah kalau mak awak takde simpan barang dalam peti ais. Ataupun baru pindah rumah and baru nak beli peti ais. Tak kisahlah apapun.

Cube ye..

nampak menyelerekan tak?

Ehh tak nampak menyelerekan ke? Hahaha memang lah. Maggie kan Colour ni. Mana ada maggie colour pelangi kan. Kalau ada silalah inform aku ye..

Heheheh Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment