Me Likes Jelita

Sunday, 8 January 2012

Mari Pancing Ikan Di Restoran

Assalamualaikum...

      Ini nak cerita semalam aku satu family pergi memancing ikan di restoran. Ikan besar boleh tahan la.  Yang paling tak tahan tu, udanglah. Besarnya tuhan saja yang tahu. Besar dah tentu pasal, fresh pulak tu udangnya. Ehh kejap kita orang bukan memancing betol. Sebenarnya nelayan yang tolong pancingkan. Kita orang datang, pastu pilih, makan dan chow. Hahaha. 

   Kita orang pi makan kat Muara Ikan Bakar kat Northport. Orang kelang tahu lah. Ni nak cerita. Kami pi hari sabtu, orang dia punyalah ramai. Nuh orang beratuq samapi jalan lah sementara nak tunggu timbang hasil pancing kat tab-tab makanan laut yang disediakan. Hampa bayangkanlah ramai tak ramai.

    Mama dengan Along sibuk pilih hasil pancing, Abang-abang aku pulak pi cari meja. Aku pulak beratuq sambil berpeluh ketiak ni hah basah. Heh tak adalah sampai basah. Cuma muka je yang basah berpeluh. Al-kisah, orang jenis kuat berpeluh memang macam tu.

       
Rasa-rasanya tau tak ape yang dibulatkan tuhh. Tu adalah sotong besar setakat ni yang aku pernah nampak secara life. Tapi sayangnya dia dah benyek. Mugkin orang takut nak amik kot.



           Hah yang pak cik depan ni pulak lain kesnya. Bekas dia je dah penuh dengan ikan pari. Ada lah dalam dua ekor pari. Pari yang dia amik bukan nye kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pari dia adalah kot, besar kuali mak kite. Sebelum tu terima kasih ye pak cik, abang kerana sudi menyumbangkan punggung dalam gambar saya. hahahaah macam model sp$^& pulak.


Rupa ikan dan udang sebelum di masak.

       Ni hasil pancingan mama dengan along berdasarkan dasar tab ye bukan dasar laut. Yang tak sabar nak tunggu tu. Tuh yang nun di bawah tu. Nampak tak? Udang lah apalagi. Besau kot udang dia. 



      Tu para tukang masak khas kami. Hah! Khas? Takde maknanya khas. Dah beribu-ribu orang dha dia masakkan. Dan aku bukanlah orang pertama. Kesian... Tapi yang tak puas hati tu semuanya lelaki. Tak ada seorang pun perempuan. Ohh mungkin perempuan masak kat rumah je kot..



Mama ni kalau nak ambik gambar sangat susah untuk memberikan kerjasama. Haih. Tak tau nak cakap dah. And along terima ksaih kerana memberi kerjasama.



   Benda pertama yang sampai adalah air. Tapi yang peliknya, cawan dia tak bagi pulak. memang nak suruh pelanggan teguk dengan jag-jag tu skali agaknya. Nampak burok benor ropenye. Ingat dia nak hantarkan tapi tak kunjung tiba. Lastnya kita orang mintak baru dapat. Nampak betapa sibuknya dan ramainya orang.



         Dah tu, sampai lah pulak lah nasi. Itupun nasi semata-mata. Setelah menunggu beberapa lama, sampailah pulak sayur dengan telur. Tau tak nak menunggu nasi sampai dah satu hal. nak tunggu sayur tu dah berapa banyak minit. Inikan nak tunggu udang dengan ikan. Rasa-rasa berapa lama baru nak sampai.



          Setelah menunggu sekian lama, dan nasi pun hampir mengeras menjadi batu. Adam tanpa menunggu menjadi orang pertama yang menjamah. Hanya dengan berbekalkan telur di atas meja. Dia pun memulakan dan di ikiuti oleh kedua abang aku bersama aku dengan mama. Sementara along dengan abang wan tetap sabar menunggu.



Mama dengan abang boy pun join Adam.




 Air tembikai dia yang cair tapi berasa..








Nak tunggu ikan sampai nasi dah habis separuh. Abang-abang aku da habis awal dah. Bayangkan lah dah pukul sepuloh lebih still tak sampai-sampai lagi. Padahal kita orang datang pukol 8 lebih.



Lastnya sampai jugak ikan yang dinantikan sejak sekian lamanya. Nasib baik sedap, kalau tak memang nak kene baling pinggan lah. Cehhh garangnya.






Habis licin ikan tu dalam sekelip mata. Lepas tu tunggu udang datang pulak. Masa ni nasi dah habis dah. Hah ni mak nak komen, nasi yang dia boh tu sikit sangat. Berapa suap je dapat.



Kedatangan udang yang dialu-alukan.. Sedap lagi-lagi cecah dengan sos dia. Udang fresh pulak. Rasa dia manis. Besar udang tu. Memang betul-betul how liaw..



Me and Lovely mama..


      Habis dah cerita malas nak tulis panjang-panjang. Total kita orang makan adalah dalam RM200 macam tu. Hei itu kira siket tau. Geng kat belakang kita orang sambut birthday adalah dalam 3 meja. Itu dah RM1000+++. 

    Nasihat aku kalau nak datang sini silalah datang hari biasa bukan hujung minggu ye...

Assalamualaikum..B")
 ohh lupa nak cakap makan-makan ni sempena aku dapat result baik dalam PMR hehehe


No comments:

Post a Comment