First day masuk sekolah terus start belajar. Dengan buku teksnya tak dapat lagi. Berita gembira tahun ni. Mak cik kantin sekolah aku dah tukar Yeahhh! happy gile sebab dah tak de dah mak cik yang kurang kemanisan d muka tu. Lepas tuh, tak ada lagi dah lauk yang sama setiap hari. Tak ada lagi dah serangga peliharaan di dalam nasi goreng dan mee sup. Yang penting gred kantin kene naik tahun ni, dari C naik B pun jadilah. Malu woo bila kantin sekolah kite gred C. Nanti orang kata, 'pengotornya lah sekolah ni'.
Kan best kalau mak cik kantin sekolah aku tu Rachel Ray. Confirm tiap-tiap hari makan sedap. And paling untung sebab satu sekolah boleh speaking dengan baik. Silap-silap pekerja kantin pon speaking english. Mana tak nya, kalau nak cakap dengan dia kan ke kena cakap English. 'Ermm Auntie Rach, I want three pieces eyyhh pulut panggang please?'. Tak kan nak speaking Indon kot. Ni yang nak mohon kat pengetua ni., nak mintak Rachel Ray jadi mak cik kantin sekolah. Hahaha yelah sangat. Berani mintak lah kat pengetua, mahunya kau kena bebel dengan dia tang tu jugak.
Kan cool kalau semua sekolah kat Malaysia ni belajar guna komputer. Mesti best punylah. Kehadiran pelajar confirm, full punya. Sampai sekolah pun tak cukup duit nak print sijil kedatangan penuh untuk semua pelajar. Hah! sebab wujudnya sijil kedatangan penuh tu adalah kerana tidak semua pelajar rajin ke sekolah. Kalau sebab sakit tu tak apa lah kan. Tapi kalau tak ada sebab munasabah tu yang susah tu. Mungkin dia orang rasa tak fun pergi sekolah kot.
Oleh sebab itulah pihak yang berkenaan perlu membuat sesuatu untuk menggalakkan pelajar berasa suka untuk ke sekolah. Lagi baik kalau dari pelajar sekolah rendah lagi. And one more thing, minta sangat parents jangan lah terlampau mendesak anak sangat ye. Banyak dah kan kes ibu bapa desak anak macam contohnya result kena straight dalam ujian, kalau tak no internet and so whatever la.
Sebab kalau budak-budak stress, tu yang macam-macam berlaku tu. Banyak dah kan kes ibu bapa desak anak macam contohnya result kena straight dalam ujian, kalau tak no internet and so whatever la. Ponteng sekolah la. Merempit la. Hah ni lagi satu. Sepatutnya ibu bapa, guru-guru dan orang sekeliling perlu menggalakkan mereka yang muda ni untuk belajar. Sebab berdasarkan cerita orang tua ni, Dia orang tak belajar tinggi sebab tak ada galakkan dari ibu bapa. Dulu dengan sekarang lain. Dulu kalau nak kerja kilang, tak ada SPM pun boleh. Tapi sekarang, apa-apa pun kena ada something. Paling cikai la, minta maaf cakap agak kasar sikit, Paling cikai SPM.
Tu lah pentingnya belajar. Wah! Cara cakap dah macam orang dewasa pulak. Tapi memang betul pun kan.
Best nya kalau yang duduk kaat sebelah dia tu aku. Wahaha berangan je lebih. Tapi betul apa. Kan best kalau tiap-tiap pagi dia drive aku pergi sekolah. Wah machonya. Untunglarr. Mesti semua mata terbeliak je tengok Nick Jonas drive kereta mustang tu. Lagilah terkejut kalau aku ada kat sebelah. Haaaaaa Nick drive me to school please. Time ni dah lupa dah jasa abang-abang tercinta aku yang selama ni yang sanggup bangun pagi. Start engine, tanpa menggosok gigi dahulu, apatah lagi nak mandi. Anyway thanks abang-abang. Jasamu tetap ku kenang.
Sambung berangan lagi sikit ye. Kan best kalau kite satu sekolah yang sama. Nanti kita study sama-sama. Hahahah Teruk dah aku berangan ni. Kita satu kelas yang sama. Hah. Cukup-cukup lah tu berangan Aida. Tak adanya dia kenal kau yang jauh nun di ceruk Malaysia.
Berangan tak salah. Tapi jangan sampai hanyut. Lupa semua benda. Biasalah tu 'angan-angan Mat Jenin'. And sekarang ni aku nak sambung fikir nak tukar aliran apa. Apa ye? Nak tukar ke? Jumaat ni dah start belajar full day. Adeii. Ya Allah bantulah hamba mu yang muskil ini..
Wassalam..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment