Me Likes Jelita

Friday, 6 January 2012

Impian Menjadi Kenyataan

         Hari ini dengan bertarikhkan 6.1.2012. Salah satu impian ataupun hajat terlah pun tercapai. Iaitu, impian untuk mempunyai sebuah gitar. Sebenarnya aku dah lama dah idamkan gitar, since aku sekolah rendah lagi. Tapi sebab tidak berkemampuan waktu itu, dan juga dorongan faktor yang lain.

       Banyak faktor dorongan yang lain sebenarnya. Contohnya macam ni

'Eii cantik nya t-shirt tu. Belilah'

    Padahal duit yang ada tu dah cukup untuk nak beli guitar. Tapi disebabkan faktor dorongan inilah yang selalu membantutkan hajat aku yang satu ni. Tapi sebenarnya banyak je faktor dorongan yang lain. Apapun terima kasih Allah, kerana akhirnya kau memberiku rezeki untuk mencapaikan hajatku yang satu ni.


       And now, aku sedang dalam pembelajaran untuk bermain nya. Buat masa ni aku tak berapa minat dengan cord-cord dia tu semua. Sebab sekarang ni aku tengah nak practising lagu . And sekarang ni aku tengah belajar nak main lagu Melly Goeslow tajuk dia Bimbang. lagu ni asalnya soundtrack untuk Ada Apa Dengan cinta. Dah tengok dah? Apa! Tak tengok lagi. Ish ish ruginya. Tengok la sebab cerita dia best. Cerita Indon pertama yang aku boleh terima. Sebab kebanyakan cerita Indon ni kan macam ada yang Tak Logika sket kan.

 
Yang best tu sebab ada Nicholas Saputra tu. Hensem lah dia ni Hishhh

           Ok sambung balik penceritaan kita ye. Mula-mula pergi kat jalan apa tah dekat kelang tu, sebab sebelum ni pernah nampak ada kedai alat musik kat situ. Tapi rupanya dah tutuo. Mungkin tak boleh cari makan kot. Ialah Klang tu kan ibaratnya macam bandar mati. Susah la bisnes nak hidup, kan? Pastu aku dengan mama and abang aku beralih arah pula ke Centre point. Masuk-masuk terus tuju ke tingkat atas satu persatu. Tak de jugak. Adeii buat penat je. Lastnya kita orang pun balik lah. Baru berapa saat kereta bergerak nak balik rumah. Mama nampak ada kedai alat muzik kat tepi. Hah! apa lagi. Kasi serang lah.

        Masuk-masuk nampak keyboard. Harga dia dalam seribu lebih. Dup Dap Dup Dap. Hati dah risau dah. Mampu ke aku ni. Tapi nasib baik uncle tu baik. Dapatlah murah sket pun. Okaylah daripada beli gitar tong. Bunyi tak sedap langsung. Buat orang jadi bosan nak main. Murah memang lah murah harga dia, tapi tak ada kepuasan bila main. You know... Jadi biarlah bersusah dahulu bergembira kemudian.

Lebih kurang macam ni lah gitar aku..B)


                                        
                                              im practising this song.. its a very slow song and i just love it

      Bila cakap pasal gitar, teringat pulak ustaz Azhar Idrus jamming dengan Zizan. Its really cool. Dia relaks je. At first orang akan nampak dia macam tak pandai main guitar. Tapi bila dia petik, kita pun tak sangka. Video ni masa ustaz datang kat ICT Shah Alam hari tu. Kalau tak silap la tempat dia ICT. Rasa rugi giler tak pergi. Sebab masa hari tu ada cousin kenduri so tak dapat lah nak pergi..

                                    
                                               funny right.?. I told you before..hahahah


okay enough for today.. Assalamualaikum,,
        

Wednesday, 4 January 2012

All I Want on the First Day of the 2012 School

        Seperti yang semua tahu, sekolah telah pun bermula. Tahun ni kelas aku telah pun berubah. Alangkah tidak gembiranya aku apabila di tempatkan di kelas Lukisan Kejuruteraan. Adeii.. Sebenarnya aku pun tak tahu nak ambik ape. Keliru kot dengan tak ada cita-cita nya, macam mana nak pilih. Dulu masa sekolah rendah bukan main lagi, berjela-jela list cita-cita aku. Tapi sekarang ni, terus blur tak tau nak ambik apa. Macam mana ni?






        First day masuk sekolah terus start belajar. Dengan buku teksnya tak dapat lagi. Berita gembira tahun ni. Mak cik kantin sekolah aku dah tukar Yeahhh! happy gile sebab dah tak de dah mak cik yang kurang kemanisan d muka tu. Lepas tuh, tak ada lagi dah lauk yang sama setiap hari. Tak ada lagi dah serangga peliharaan di dalam nasi goreng dan mee sup. Yang penting gred kantin kene naik tahun ni, dari C naik B pun jadilah. Malu woo bila kantin sekolah kite gred C. Nanti orang kata, 'pengotornya lah sekolah ni'.


        Kan best kalau mak cik kantin sekolah aku tu Rachel Ray. Confirm tiap-tiap hari makan sedap. And paling untung sebab satu sekolah boleh speaking dengan baik. Silap-silap pekerja kantin pon speaking english. Mana tak nya, kalau nak cakap dengan dia kan ke kena cakap English. 'Ermm Auntie Rach, I want three pieces eyyhh pulut panggang please?'. Tak kan nak speaking Indon kot. Ni yang nak mohon kat pengetua ni., nak mintak Rachel Ray jadi mak cik kantin sekolah. Hahaha yelah sangat. Berani mintak lah kat pengetua, mahunya kau kena bebel dengan dia tang tu jugak.


       Kan cool kalau semua sekolah kat Malaysia ni belajar guna komputer. Mesti best punylah. Kehadiran pelajar confirm, full punya. Sampai sekolah pun tak cukup duit nak print sijil kedatangan penuh untuk semua pelajar. Hah! sebab wujudnya sijil kedatangan penuh tu adalah kerana tidak semua pelajar rajin ke sekolah. Kalau sebab sakit tu tak apa lah kan. Tapi kalau tak ada sebab munasabah tu yang susah tu. Mungkin dia orang rasa tak fun pergi sekolah kot.

     Oleh sebab itulah pihak yang berkenaan perlu membuat sesuatu untuk menggalakkan pelajar berasa suka untuk ke sekolah. Lagi baik kalau dari pelajar sekolah rendah lagi. And one more thing, minta sangat parents jangan lah terlampau mendesak anak sangat ye. Banyak dah kan kes ibu bapa desak anak macam contohnya result kena straight dalam ujian, kalau tak no internet and so whatever la.
     
        Sebab kalau budak-budak stress, tu yang macam-macam berlaku tu. Banyak dah kan kes ibu bapa desak anak macam contohnya result kena straight dalam ujian, kalau tak no internet and so whatever la. Ponteng sekolah la. Merempit la. Hah ni lagi satu. Sepatutnya ibu bapa, guru-guru dan orang sekeliling perlu menggalakkan mereka yang muda ni untuk belajar. Sebab berdasarkan cerita orang tua ni, Dia orang tak belajar tinggi sebab tak ada galakkan dari ibu bapa. Dulu dengan sekarang lain. Dulu kalau nak kerja kilang, tak ada SPM pun boleh. Tapi sekarang, apa-apa pun kena ada something. Paling cikai la, minta maaf cakap agak kasar sikit, Paling cikai SPM.

     Tu lah pentingnya belajar. Wah! Cara cakap dah macam orang dewasa pulak. Tapi memang betul pun kan.


          Best nya kalau yang duduk kaat sebelah dia tu aku. Wahaha berangan je lebih. Tapi betul apa. Kan best kalau tiap-tiap pagi dia drive aku pergi sekolah. Wah machonya. Untunglarr. Mesti semua mata terbeliak je tengok Nick Jonas drive kereta mustang tu. Lagilah terkejut kalau aku ada kat sebelah. Haaaaaa Nick drive me to school please. Time ni dah lupa dah jasa abang-abang tercinta aku yang selama ni yang sanggup bangun pagi. Start engine, tanpa menggosok gigi dahulu, apatah lagi nak mandi.  Anyway thanks abang-abang. Jasamu tetap ku kenang.



             Sambung berangan lagi sikit ye. Kan best kalau kite satu sekolah yang sama. Nanti kita study sama-sama. Hahahah Teruk dah aku berangan ni. Kita satu kelas yang sama. Hah. Cukup-cukup lah tu berangan Aida. Tak adanya dia kenal kau yang jauh nun di ceruk Malaysia. 

            Berangan tak salah. Tapi jangan sampai hanyut. Lupa semua benda. Biasalah tu 'angan-angan Mat Jenin'. And sekarang ni aku nak sambung fikir nak tukar aliran apa. Apa ye? Nak tukar ke? Jumaat ni dah start belajar full day. Adeii. Ya Allah bantulah hamba mu yang muskil ini..

    

        Wassalam..
         Assalamualaikum..
     

 

Monday, 2 January 2012

Berenang Berirama di Ulu Yam

Assalamualaikum..

       Sebelum nak masuk sekolah ni, aku dengan family pergi ke Ulu Yam untuk beristerirehat. Ehh silap. Beristirehat. Banyak dah perubahan yang berlaku kat sini. Lawa lah dah tak macam dulu. Dah ada banyak pondok. Boleh lah bawak budak kecik. Lagi best kalau buat barbeque. Boleh datang lagi lah lepas ni Sebab dah tau dah tempat die best.

Ainsofea sempat tidoq dalam kereta 


lutut berketaq nak angkat makanan


Adam with his bottle Ben 10


Menggila sebab nak angkat makanan semuanya berat


Ainsofea with Tok Cu


Apa yang penting kerjasama..


They need to do something to solve this problem





now Ainsofea with Tok Cu and her mummy 

Geng ni, sampai-sampai je terus serbu sungai. Budak-budak




       Berjam-jam berendam dalam sungai. Adam sampai biru bibir tapi still tak nak naik. Adam kata dia suka mandi padahal kat rumah bukan main payah lagi nak mandi. Dah berejam-jam berendam, ada pulak shampoo time... Hampir-hampir nak di bawak arus. Arus dia sangatlah deras so kena berhati-hati bila bawak kids.

       Dah tengah hari semuanya gerak balik. Badan pun dah penat melawan arus air yang deras. Sebelum balik makan dulu. Mama masak ayam masak kicap and aku masak sayur goreng. Mak Anjang pulak buat sup ceker and asam pedas.

Budak yang asyik bermain dengan laser



with my Along

   Sebelum balik singgah dulu kat tasik nak ambil gambar. Tapi tak banyak sangat gambar dekat phone aku. Yang banyak kat phone Mak De. Such a good day to have with family. Really enjoy the day. Even penat tapi berbaloi sebab boleh bersama dengan keluarga.

with my lovely mama.. muka tak boleh nak senyum sebab dah penat

      Acu said gambar ni macam jerung nak membaham.. Semua nye gila-gila belaka. Mulut menganga yang paling depan sekali tu, Angah yang kahwin hari tu. Kesian dia seluar dia koyak masa tegah mandi. Even seluar aku pun koyak. Tapi seluar dia koyak sebab perbuatan orang. Waaaaa kesian dia. Kite orang pakat ramai-ramai nak cabut seluar dia. Aqilah pulak dengan kuku panjang dia telah merabakkan seluar dia.. hehe kesian kesian


Goodbye Ulu Yam i'll be coming to you next time


terpaksa melakukan penambahan penumpang apabila tayar kereta Pak Anjang pancit


It's a sunny day 

Pak Anjang pam tayar kat petronas.. Kesian dia and maybe tayar dia masuk paku kot


Jom balik..


      Seriously penat gila. Tapi worth it. Silalah pergi ke Ulu Yam sekarang dan bila-bila . Kalau nak bawa orang tua pun boleh. Sebab jalan masuk dia bertar, So its easy lah. Ok! enough untill here.

 Assalamualaikum.





         

Friday, 30 December 2011

Wedding Part 1

  Assalamualaikum..

  Aku sangat suka kalau ade family yang buat kenduri. Tak kisahlah wedding ke, cukur jambul ke. Sebabnya kite satu family boleh berkumpul. Family mama aku boleh dikatakan rapat lah. Tambah pula semuanya dah beranak pinak, bercucu cicit pula. Lagilah meriah kan. Adik-beradik mama saje dah sebelas. Kalau campur yang dah bersuami isteri, dalam 20 orang family members sebab mak cik aku yang last belum berkahwin lagi. Kalau cucu pulak, ada dalam 44. Cicit lagi. Bayangkan meriah tak?

   Kalau ada wedding, panggil pulak atuk nenek sedara. Orang dulu-dulu anak kan ramai. Memang meriah gila lah. Lagi best kalau pergi baraan time Raya. FUUHh lagi best wo oh oh.

  Yang ni pulak wedding sedara aku merangkap cucu nenek aku, Angah. Penat gilalah masak. Sapa kata buat kenduri tak penat. penat woo. Lagi-lagi memasak. Renyah tau tak.

   Di samping itu adalah terselit celah gigi gambar majlis kecik tadi.. Seperti biasa menggunakan kamera handphone yang selalu dianggap sebagai DSLR..

Ni kat belakang rumah tengah masak. Mak Anjang

ni Mama. Antara legend dapur


Sampai Maghrib kot masak dari pukol 11 lebih. Penat gila, semua tulang-belulang aku lari. Angkat periuk bukan kecik. Besar kot.Masuk maghrib dah penat dah, boleh pulak ada datang seorang mak cik ni tibe-tibe komen itu ini. Air jangan manis-manislah, itulah inilah. Itu dah cita rasa kau.  Orang masak bukan untuk kau sorang. Pleaselah orang dah penat kot, tiba-tiba datang komen itu ini. Kenapa kau tak datang dari tadi je. Buat orang hangin je satu badan. Lastnya duduk je sembang. Cehh tadi kau yang beria-ria sangat.


Seperti biasa gambar menggedik mesti ada. Ni anak Mak Anjang. Post sebelum ni pun dia ada juga dalam post ni http://jellytieda.blogspot.com/2011/12/di-persilakan-untuk-anda-menggedik.html.  Tapi ni dah malam masa Mak Su adik Mak de nak nikah. Esok baru sedara aku Angah sanding sekali dengan Mak su.

Pelamin yang simple but nice and need a little more touch up.

This is my auntie. We call her Mimi. And sebelah dia my anak sedara. Oh ye Aku memang dah jadi mak cik, Along aku dah kahwin. ni yang second. Anak sedara aku pun panggil aku Mimi.

Ni lah Mak Su. Make up dia tang mate kene tukar sebab tak kene. Kalau nak cantik buat smokey eyes sebab mata dia sepet lah. Mak andam tak pandai adjust la. MAri belajar dengan Aida Jelita mehh.. Promote diri ye.

Budak kecik ni Adam. Along's first child. 

Tiga dara duduk di tepi pelamin. Duduk menunggu pengantin bernikah. Sambil tu snap gambar.

Ni anak Mimi. So comel and manja.. Ada facebook ,kot. Aku umr dia tak kenal lagi apa itu internet. Maju betul budak sekarang

Ni antara baby pingitan Aisyah, selain dari anak buah aku. Mata dia sangat lawa. Macam dalam komik tu. Serius. 

Time ni, sebelah aku ade photographer Mak Su. hmm hmm. hehe .. Dia guna DSLR, sebelah aku pulak ade mak cik guna iPad. Aku guna kamera phone. Adeii. Amik je gambar ni aku terus blah. Tak tahan lah duduk sebelah cameraman dia. wahaha.. Takdela rasa rendah diri pulak. Along lah ni tak bawak camera. Hissh

Mimi dengan Adam boleh bersama-sama bermain tongkat Ali berSakti. Tak boleh blah la Mimi ni..

Adam berlagak seperti BoboiBoy. Hei budak zaman sekarang ni..

    So ini lah untuk Wedding part 1.. nanti wedding part 2 untk majlis besar ye..

    Assalamualaikum.

Di Persilakan untuk anda menggedik

   Assalamualaikum....

   Sihat. Ofcourse lah kan kalau tak takkan tengok blog pulak. *daaarrr. Hari ini kite akan bercerita kisah dua orang sedara yang tiada kerja di waktu matahari tegak di atas kepala. Semua ini disebabkan cuti sekolah yang di rasakan terlaaaaluuuuuuuuu panjang. Bila sekolah rasa macam nak cuti. Bila cuti pulak rasa macam nak sekolah. Hei perasaan ni tak pernahnya nak betol kehendaknya.

  Dengan rasa bosan tahap menggaban, hati ni rasa tergamit pulak untuk bermain make up. Waahhh macam hebat saja bunyinya. Maka dengan make up yang sejemput, kami memulakan sesi me-make up dan kemudiannya sesi photo shoot pula.

   Terima kasih kepada along kerana telah memberikan beberapa pasang eye shadow secara percuma dan juga concealer(kalau tak silap, or dia adalah foundation) daripade meiko, tak hingatlah name die. Ala-ala macam tu lah nama die. Dan kemudian dengan hasl duit perbelanjaan sekolah yang di simpan. Kemudiannya secara bedikit-dikit membeli gel foundation and loose powder dari Avon(best pakai tapi tak sebest meiko tulah), kemudiannya blusher merangkap lipstik pon boleh juga dari Avon, eyeliner Avon, maskara Avon(best pakai gune minyak je kalau nak tanggal *minyak olive or kalau desperate sangat minyak masak aku pernah try sebab tak ada benda nak guna), vaseline *perlu ada, dan banyak lagi yang kebanyakan dari Avon.

   Untuk mereka yang merancang bujet, silalah bermula dengan Avon dulu sebab kebanyakan nya murah and dia akan lagi murah bile nak raya dengan Akhir tahun. dengan berbekalkan handphone hadiah tiga tahun lepas. Maka terhasillah sebuah photoshoot daripada Aida Jelita..

      Selamat menonton.. Sebelum tu, nak cakap kami ni memang suka menggedik. Jadi silalah faham ye. Terima kasih..

bayangkanlah masa ni dalam pukul 3 ke 4 petang. panas tak panas lah masa tu


ni sedara aku muda sikit daripada aku





ya aku tahu memang nampak gedik gila, bukan tahap gila tapi meroyan kot wakakaka

sangat gedik aku pun menyampah

Panas kot kat tingkat atas ni tengah tengahari buta pulak tu. Mat salleh pun tak nak berjemur ini kan Abang Salleh. Tapi yang bestnya, kain jemuran cepat kering. hehehe


Aida Jelita lah photographer. dan dia jugalah mak andam.. perlukan perkhidmatan Aida Jelita sila taip PERLUKAN dan hantarkan ke ON DAPAT

hidung minah ni kembangkan. Biasalah anak jowo

   Terima kasih kerana sanggup melihat gambar di atas. Silalah segera ke doktor kalau anda di serang penyakit gila ya.. Sebab aku pun naik gila ambil gambar budak ni. Macam-macam yang dikehendaknya. Dia ingat aku guna kamera DSLR ape. Rasa macam nak hempuk je ida tengah-tengah panas tu.

      Apa-apa pun TERIMA KASIH.. Sorry make up tak berape berkesan sangat dalam gambar ni. Tapi kalau real life memang nampak..heeh

Wassalam.