Me Likes Jelita

Thursday, 31 May 2012

Guna SUDU untuk Curl-kan Lashes

Macam pelik kan guna sudu untuk curl kan lashes.
Believe in me guys. Mesti terkejut. Sebab benda ni memang benar.
Tiada bohongan tau. Asalnya pun aku tak berapa percaya jugak. Tapi bila
tengok dengan mata kepala sendiri jadi macam wow!!
Ajaib! Even aku pun dah try. Memang berkesan.
Even lebih cepat curl dari guna kan curl lashes tu.

Guna sudu tau bukan garfu.
Pikir betul-betul. Tengok betul-betul.
Buatnya terambil garfu, naya je jadi kasim selamat.


Jom tengok vid auntie ni buat.
#suka hati kau je panggil orang tu auntie

Enjoy!!

Assalamualaikum..

WE MARRIED!!

Hahahah terkjut tak dengan tajuk?
Aku kahwin ke?
Hahaha gila ko nak kahwin. Nak kena pelangkung dengan mak
tercinta. Baru je berumur 16 tahun semalam
tiba-tiba hari ni dah kahwin. Galak sangat ke aku ni.
hahahah!! Jangan lah terpedaya dengan tajuk aku

Sebenarnya cikgu aku yang kahwin! 
Okay tarik nafas dalam-dalam. Okay tak? Okay kan!!
Sebab bukan aku yang kahwin hahaha. Jangan lah terkejut wei.
Aku pun tak nak kahwin di usia muda. Kasi aku jadi doktor dulu, pastu
dah ada superbike *itu yang penting.
Lepas tu pinangan masuk berjela-jela pun masuk lah.
#perasan sume orang suka kat awak HELLO!


Ni lah cikgu yang dikatakan;

Hokey! Ucapan untuk cikgu, dengar ye.

Selamat Pengantin Baru cikgu.
Dan Pengantin baru untuk selamanya.
Semoga berbahagia!! Suka tengok cikgu senyum.
Harap dapat tengok cikgu senyum
di setiap kelas chemis ekk!!

cepat cepat dapat anak ye!


Nanti saya siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi.
Nanti ye nanti ye. Cikgu jangan tunggu.
Nasiblah cikgu dapat anak murid 
super pemalas macam haku.

Assalamualaikum...


Wednesday, 30 May 2012

Happy tua Day for me

Happy birthday to me!
Happy birthday to me!
Happy birthday tooooooooo me~~~
Happyyyyy birttttthhdayyyyy~~~ tooo~~~ meeeeeeee!!
dududuu dududu dududu~~
#gaya soprano okay!

Tak sangka umur dah berganjak ke arah nombor abjad huruf angka 16.
I'm a big girl now. Yeah right! ofcourse im a BIG now.
Macam tak sangka. Seriuos never thought that time berjalan dengan pantasnya.
I bet dia berlari kot. that's why lah dia laju, right!

Apa yang difikirkan malam tadi dalam pukol 12 macam tu;
You're a big girl now!
Try to be a good daughter fo my mama. Tehee
Try to be a good sister to my brothers and sister
and good auntie for my anak.

And the most important is
tried to be a very good Allah servant!!
Ya Allah permudahkan Ya Allah

and rght after that i start thinking~~

Oh My!! 

People said right after you were born you're started to die
#Astaghfirullah hal azim.. dalam hati

then suddenly air mata mengalir (!"_"!)
Walhal tengah tengok super spontan kat TiubAwak!
Gile ape nangis tengok cerita kelakar!


WHy am i crying?

Sebab teringat kan balik what i've done in my life to be a good Allah servant.

Do i have enough amalan to be jugde dekat padang mahsyar nanti

Allahhuakbar!

Bimbing me Ya Allah so that i can always remember you.

Hah!!  #tak baik mengeluh!

So now im trying to be
a Muslimah
 a good daughter
a good sister
a good auntie
a good friend

im trying my best!!

Insyaallah.

Thanks for the wish guys!! Lovu you so much!
Antara wishes..

Gambar kek tak boleh blah! ada ke angka 5 kat situ. okay! 
your adik still 5 years old..
anyway thanks abang abang love you so much.
Even kadang-kadang you guys annoyed me.

My sister love you too.. take care my anak baik-baik okay.

cik nana promised me to gorengkan cekodok like i always
minta dia.. thank cik nana


yang dalam bulatan tu is from my kawan yang sengal.
Burst sangat kan. Kaki kan jugak budak ni.



red velvet pleasee..ada siapa tak yng nak bagi?




Asssalamualaikum..






Sunday, 27 May 2012

Make Up!!

Tak tahu nak bagi tajuk apa. So just tulis seperti tajuk di atas.
So benda just coming suddenly. Adik sedara aku tiba-tiba saje ajak make up.
Aku pon ok fine. Lets main make up. #hah? apa ayat aku ni.
Main  make up ni ambik masa, ermmm entahlah
tak kira pulak berpa minit berapa jam. Apatahlagi detik,kan?


Haruslah di bawah cahaya matahari. Baharu lah gambar cerah. Nampak
tak aku guna 'baharu' hahah. Tak percaya seriously tak percaya.
Almaklumlah kamera DSLR aku adalah phone aku.
Jadik, makna katanya dia terlebih canggih lah kan.

Tengok saje lah gambar malas nak menaip sebab I adalah ME LIKES JELITA.
Bukan NISA SUKA MENAIP kan.
Jadi tolonglah faham keadaan aku yang nak ada blog tapi mala nak menaip.
*lempang muka sendiri...


Haruslah ada bibir itik nak menyudu air! hahahah

Bermain dengan langsir je. Seperti biasa tiada prop yang lebih elok
dari ini.

No COMMENT!

budak-budak biasalahkan..~~




Kening tak berjaya sangat nak buat. Sebab kening minah ni tebal. Jadi mak,
sebagai Mak Andam a.k.a Make Up Artist, hanya 
mampu membuat setakat ini sahaja.
(mood: PERASAN SANGAT! AHAh! *sambil tergelak manja)


Seperti yang anda lihat, ada dua prop yang menggunakan
langsir yang berbeza. Makanya lighting pon berbeza lah kan ikut daerah dan
ketua daerah. Heh merapik tak tentu.

Speechless. Over budak nihh! Rasa macam nak kaki kaki kan je.

Erm! Tu je lah kot nak membebel. Selamat berhari 2 minggu bercuti tanpa had.
Pesanan khidmat masyarakat dibawakan khas oleh
Biskut Cap Lemau.

Assalamualaikum..

Saturday, 26 May 2012

What Doesn't Kill You Make You Stronger

Im trying to catch up this thing. I wanna be a superwoman..
ahhhh why lah so confusing...?!

And this is gonna happen when kebosanan melanda obak badai merindu.
Bosan pulak cuti dua minggu because nothing to do.

Nak buat apa ek???
Any suggestion. Ajak my bro pergi Broga dia tak confident with me.
He said: its not easy even a man give up on the half way.

Haiyak abang why lah langsung tak memberi semangat why lah? why?

Assalamualaikum..

Friday, 25 May 2012

Santai

Cuti dua minggu nih akan aku manfaat kan 
setelah bergolok gadai cehh gadai lah sangat kan. Bukan bergadai
tapi mengganti ke-stress-san selama dua minggu aku exam.

Haha siap Puan Kong suruh habis module semua bab yang dah belajar.
Kesian tacher. So sorry teacher.

Mari bersantai ye selama dua minggu!


Wednesday, 23 May 2012

Syafiqah Hashim: 3rd GIVEAWAY

first sekali kena lah letak banner tuan punya giveaway
punya blog kan. Jap ehhh!!  Loading.. Loading....
Loading..
.
.
.
.
.
.
.
Sikit je lagi
.
.
and,,, TARAAAA!!!


Tu dia leopard. Kau ada?

Cara nak menang. Ya! Hari ini kita straight to the point ye.
Cakap banyak pun tak guna. Hahaha 
ayat kau~~

Syarat yang MUDAH:
1. be my follower supaya mudah untuk tahu update GA
2. like page pikalurve SINI
3. buat satu simple entry khas and letak banner GA
4. tag 3 rakan anda untuk join
5. hantar link entry anda dekat comment dibawah (bersertakan email & FB anda)

and you are OFFICIALLY JOIN this Giveaway!
*semua syarat wajib dibuat, kalau tidak penyertaan anda terbatal..TQ

Hahah syarat-syarat pon aku copy je. Pemalas betol.
Tapi mengharap nak menang. Sengal je!!
Nak buat macam mana mata dah kuyu. Katil dah memanggil-manggil.

Harapnya menang ye Cik Syafiqah!


Oh disini saya nak tag 3 orang Geng Gelak Kejam!!


Walaupun mereka geng gelak kejam tapi hati mereka suci lagi murni sebenarnya.
Dont judge a food by its look. Hokey!!

Chaiyok Aida! Chaiyok!


Menaglah menanglah menanglah..


Assalamualaikum..





Tuesday, 22 May 2012

call me hajjah!! hah..

Starts from today you guys can call me Hajjah.
Hajjah Aida Jelita!! Wahhh kelasssszz.
Aku telah pun membuat haji dan umrah. Best sangat. Rasa macam nak
buat lagi. Betul wehh tak tipu.

Aku pergi dengan kawan aku. Mak aku, aku tinggal kat rumah.
Hahahahah *gelak kejam. Sungguh tak disangka aku dapat merasai
pengalaman haji dan umrah. Alhamdulillah!



                                      
Untuk pengetahuan semua aku buat pre haji dan umrah. 
Tolong jangan rasa tertipu, ya! Aku buat haji dengan umrah ni kat 
sekolah je. Program ni wujud antara sebabnya haji dengan umrah ada termasuk dalam syllibus.

Kalau tak ada program ni tak ada lah korang kena panggil aku hajjah, kan?
#menyampah sambil tangan dibahu dan mata ke atas.
Gambar atas ni kita orang tengah tawaf kaabah.
Nampak tak ada kaabah. Hah! Feeling gua cakap. Dengan kepanasan
akibat daripada ribut matahari tu. Baru dua kali tawaf, ketiak dah basah.
Nasib baik lah pakai odorono. Nasib baik kau!!

Ni pulak tempat nak berjalan dari Safa ke Marwah.
Berlari kami di situ. Tapi tak lari sangat pun. Geng perempuan depan ni
ada ke dia berjalan je. Kan kena berlari anak. Orang lelaki dah
tiga round kita baru satu. Hai wanita! Gahahkan dirimu.
Dah lah aku duk belakang sekali sebab aku dengan kawan aku pakai jubah
almaklumlah orang arab macam kami ni dah biasa pakai jubah. Haha! #cara Haha Gediks ye.
so secara tak sengaja terlantiklah aku menjadi penjaga di belakang supaya tak ada yang tertinggal.

Ni pulak serambi sekolah mempunyai banyak fungsi.
Antaranya ni lah hotel kat mekah, ni lah tempat wukuf, ni lah tempat bercukur
banyak lagi lah. Ohh penceramah kita orang datang dari Tabung Haji uollss.
Ustazah dengan ustaz nya suami isteri. Orang jawa pulak.
Memang rock lah!!

Melontar!!

Dengan bangganya kawan aku bawak batu akuarium yang kecik-kecik 
warna pink. Sabar je lah. Dia baling je terus silau mata orang memandang.
Berat lagi bahu memikul.

Time ni dah tak payah berihram sebab 2/3 ibadah dah selesai.
Alhamdulillah..

So now call me Hajjah Aida Jelita..

Hahah sedap pulak dengar namanya.
Harapnya adalah rezeki aku buat haji dengan umrah sebelum umur
aku 40 tahun. Bukan senang nak buat umrah. Inikan haji.
Kena ada kekuatan. Perkenankan doakau Ya Allah.

Assalamualaikum..

Wednesday, 16 May 2012

Happy Teachers Day MAMA

Bagi aku guru yang paling hebat dalam dunia 
adalah mak aku. Guru kat sekolah pun hebat, tapi mak aku lagi hebat.
Dari kecik dia didik tanpa jemu. Tak ada lagi cikgu yang mengajar aku 
selama hampir 16 tahun, kalau bukan mak aku.

To my MAMA! Even mama tak baca blog or tak tahu lagi.
This entry that i made is special for you.
Just For You.

You're a great mom in my world.
You're a great teacher in my LIVE.
And my whole live.
Love you MAMA!
Thanks for being so sabar to me!
Thanks for always by my side.


Mom Im grown up now!!





keturuna pipi tembam tapi comel adalah genetic dari mama.
BANGGA WOHHH!

The most beautiful MAMA in the WORLD.
Semua mak kau. Hahaha.
Sape yang nak cakap mak dia tak cantik kan.
Burok-burok pon mak kite!
Sayangilah Mak Anda Sendiri! AMARAN! 
Jangan cuba-cuba nak ambik mak aku.

Sape mak dia tak suka ambik gambar macam mak aku.
Angkat bontot sikit!
Hahahah kalau nak angkat bontot tu pandang kanan kiri
dulu. Nanti orang kata korang gile pulak.

This Smile is the beautiful smile in the world!!


Along nih suka buat ayat sedih tak pasal-pasal meleleh hingus
aku petang nih!


Selamat Hari Guru!
Assalamualaikum..




Monday, 14 May 2012

Aiken + Maybelline Baby Lips

Beberapa hari yang lepas, telah ku pun membeli ubat jerawat seperti yang di impikan.
Senantiasa ku bermimipi di malam hari dek kerananya.
Akhirnya tercapai jua hajat Tuan Puteri Lilin Ulek Mayang ini.

Harga dalam RM9++


testure, tektur, testur heh lupa lah nak eja macam mana. Harap paham lah ye.
So dia punya teksture dia more kepada gel. So that bila apply kat
jerawat jerawta akan terus kaku terpegun dengan nya.
HAHAHAHAHA *gelak jahat ye.


and dia mudah di blend. Pakai siang dengan malam untuk hasil yang
menakjubkan. Dialah yang kata bukan aku yang kata.
 STATED:
1. Contains Tea Tree Oil (Melaleuca alternifolia) to help protect skin from pimples
naturally wihtout flaking of skin like other pimple cream or gel.
2. Oil-free, it is especially suitable for oily and sensitive skin.
3. Specially formulated to target pimple-prone skin and remove excess oil, controlling
 shine and refining pores.
4. Penetrates deep into skin
5. Skin will visibly clearer with matte finish, minus the shine.

ABSOLUTELY the right product for me..
haaa kenapa lah tak pernah perasan sebelum ni.

Cuci muka, pakai toner Aiken, Pakai benda di atas ini dan juga 
moisturiser Aiken. Apa yang aku perasan
muka memang tak shining-shining. Ahh rasa nak nangis. Mana taknya
sebelum ni baru sentuh sikit dengan tangan, minyak dia MASYAALLAH.
Aku sendiri pun ngeri. Agak-agak dah boleh goreng ayam kot.
Alhamdulillah.
Dah beberapa hari pakai nampak okey lah. Biasa
lah mana ada pakai sehari terus elok kan. Ada jugak jerawat yang dah kecut.
Mintak-mintak product ni memang kena lah dengan aku
sampai bila-bila. Aiken Please be nice to me.





Finally! Beli jugak. Dah lama dah nak beli. Tapi
asyik dok pikir nak beli ke tak nak beli ke tak. Lastnya beli gak.
Bibir I jenis yang sensitive. Hah semua nak sensitive kalau budak sorang ni.
Asalnya pakai vaseline. Dok lah angkut satu botol ke hulu ke hilir.
Sampai ke sekolah pun bawak juga. Jadi atas nasihat kawan sebelah,
belilah jugak aku akhirnya. Senang lah kan 
nak bawak pi sekolah. Kalau ada spot check dah senang dah nak sorok.
Dalam baju bahagian dalam ke opss sensored,
Kat mana-mana je lah kan.

Hmm suka bau dia rasa nak makan je. Rasanya bulan puasa kena bawa
vaseline kot. Mahu histeria aku kat sekolah sebab nak telan benda ni.
Sedap kot bau dia. Pakai time bukan bulan
puasa pun nafsu dah meronta-ronta. Ya Allah teruknya budak ni.
Harga dalam 10++
Mula nak pi watson sebab watson tengah
sale dan benda ni baru 8++ tapi memandangkan ibunda tercinta
kelihatan penat tepaksa ku hulur jua 10++ tu dengan air mata yang laju
berguguran. 

Dapat orang yang kedekut nasiblah.
Assalamualaikum..



1 Malaysia 1 Jogging

Pergi jongging kat Alam Impian. Best!!! Suka sangat! #buat gaya gedik sikit dengan suara 
yang macam nak kena sepak dengan kaki.

Pergi dengan mama lah. Dengan sapa lagi kan. Nak pergi dengan pakwe?
Naya cek kena tibai. Hah! Tak dak pakwa pon. Baik pergi dengan mak. Lagi best kot.
Bagi aku lah. Tapi kalau nak pi window shopping sekadar nak jalan-jalan 
tanpa tujuan, yang tu kena pergi dengan kawan.
Sebab mak aku bukan kaki jalan. Lainlah kalau ada benda yang dia nak cari.


Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba mak aku nak di ambil gambor. Kalau tak
dia tinggal je aku kalau kata nak ambil gambar.
Ganas tak mak aku. Hah! Tu baru sikit yang Oiiii.
Ohoooooooooo hoi.

Apa pun SAYA SAYANG MAMA SAYA!!

SATU MALAYSIA SAYANGI MAK SENDIRI!!
JANGAN NAK MENGADA-NGADA SAYANG MAK ORANG LAIN!
Lagi-lagi mak aku. Berani kau nak curi mak aku.
Pernah rasa macam mana ayam berak taik gajah. Nak rasa,
cubalah amik mak aku.


Ganas kau Jah!! Well,, like mother like daughter right!
Disebabkan ramai yang kata tak boleh sambut hari ibu maka aku pun tidak
menyambutnya. Tapi ingin di tegaskan di sini walaupun aku tak sambut
hari ibu tahun ini, tapi seumur hidup aku akan
menyayangi mak aku.

Tengok vid ni.


Apa pun hukum tetap hukum. Takkan kita nak langgar hukum Allah.
Rasulullah S.A.W pun ada kata sesiapa yang membuat sesuatu yang menyerupai 
sesuatu agama itu maka dia pun tergolong dengan golongan mereka.
#INI AYAT AKU. APA YANG AKU PAHAM. KALAU NAK YANG SAHIH
CARI DALAM HADIS YE!!

Assalamualaikum..

Friday, 11 May 2012

Kematiannya Meng-Aibkan

Sebelum memulakan story kita hari ni. Sama-samalah kita sedekah
Al-Fatihah buat Cik Ti yang telah pun meninggalkan dunia. Innalillah.....

Cik Ti ni adalah salah seorang family members dalam rumah ni. Tapi kehadirannya dalam
rumah ini adalah tidak di senangi sama sekali. Mana tidaknya, ada sahaja 
onar dan duri yang akan dilakukannya. Sama ada dalam sedar mahu pun luar sedar.
Nampak benar makhluk ini tidak mengenal erti pahala dan dosa.
Walau apa pun dia juga makhluk Allah S.W.T sama seperti aku, makhluk Allah yang serba-serbi
kekurangan. ALLAH ITU MAHA BESAR!

Petang tadi kematian Cik Ti telah di sahkan sendiri oleh aku dengan mak aku.

Mohon beri laluan nak nyanyi sikit ye,

bagaikan melukut di tepi gantang,
begitulah Cik Ti di akhir hayatnya,
bla bla bla bla...

Sambung sendiri ayat seterusnya untuk lagu tadi ye.
Yeah!! Seperti lagu di atas kematiannya di sahkan oleh aku dan mak aku
apabila terlihat mayat Cik Ti bergelimpangan di sebelah tong beras. 
Sebab tu lah lagu nya bagaikan melukut di tepi gantang.
Kena kan dengan lagu.

Sungguh aib rasanya kematian Cik Ti ni. Dengan gaya melukut di tepi gantang nya. 
Di tambah pula dengan identitinya yang kurang jelas. Tidak dapat kami mengesan siapa ibu dan ayahnya.
Belum sempat bertanya dia sudah pun mati. Apakan daya 
jodoh, ajal dan pertemuan di tangan Tuhan.

Sebenarnya kematian Cik Ti ni adalah di rancang.
Malam sebelum kematian seseorang telah membubuh racun di dalam makanannya.

Kesian kan.!! 

Olaylah. Terus terang di sini, Cik Ti tu sebenarnya Cik Tikus.
Kami panggil depa Cik Ti sebab tak mau depa tau kami tengah dok cakap pasai
depa. Mesti hangpa habaq #ermmm lagu tu rupanya. 
Awat tak habaq awai-awai.


Seperti yang di beritahu. Kematiannya adalah dirancang.
Sebab malam tu mak aku baiknya punya umpan boh biskut dengan cream cheese
tambah pulak dengan ubat racun tikus memang terliuq habih lah Cik Ti.

Tolong jangan cakap kami ni penjenayah ye.
Kami tak kisah kalau dia dok lalu lalang dalam rumah sebab esok pagi dia
mesti keluar punya. Ini tak dia pi tinggalkan kesan sepeninggalan dia di malam hari.
Mana aku dengan mak aku tak panas. Ni baru Cik Ti, belum 
tambah dengan Cik Cen lagi. Ni lagi satu kalau nak
beri kesan peninggalan lagi kaw-kaw dia bagi.

Cik Cen ni susah sikit nak perangkap. Sebab perangkap besi tu pun dia boleh lepas.
Tapi sekarang ni dah tak ada dah Cik Cen. Sebab awal lagi dah dibanteras
dengan ubat racun manis bermadah mak aku.
Lepas tu bawah pintu dah di sendat so dia dah tak boleh nak
menyelit terselit terkepit.

Apa pun takziah buat keluatga Cik Ti. Di harap ahli keluarga dapat
menyabarkan diri dan mengambil iktibar dari kematiannya ini ya.
Harap-harap adalah salah seorang ahli keluarga Cik Ti di luar sana yang baca entry nih.

Jangan ada yang terasa. Entry ini sekadar nak meluahkan rasa.

Assalamualaikum......

Tuesday, 1 May 2012

Please Be NICE To ME!

Sebagai seorang remaja yang cantik mulus, ada saja yang
mencemburui diri ini. Hahh! #mengeluh lemah dengan tahan di dahi.
Jerawat musuh utama ku. Oleh itu, saya mencadangkan
selain mengadakan hari untuk pekerja apa kata kita adakan  hari 1 Malaysia 
Benci Jerawat. BERSIH!!! Hoi selamba saja nak berpolitik di sini.
Maaf ye tiada unsur politik di sini. Hanya ingin meluahkan rasa gundah- gulana di hati.

Dah banyak dah benda yang aku try. Biasa nya awal permulaan memakai tu,
nampak berkesan tapi nanti dah lama dia dah jadi tak load macam tu.
Maksudnya, produk tu akan kurang berkesan.
Ubat jerawat yang aku masih pakai sekarang ni *sementara nak tunggu
habis sebelum nak beli ubat jerawat yang baru
dia membunuh jerawat (membunuh! wahh gempak ayat kau Jah!)
dia jugak ada memutihkan. Aku okay je dengan putih ni, tapi kalau pakai terus tak ke 
muka kita akan memutih dengan gembiranya tanpa menghiraukan 
kulit yang lain. Gila kau! Buatnya muka saja putih tapi tangan hitam buat apa.
Tak seimbang langsung so.

So baru ni aku cari moisturiser sebab moisturiser aku dah hilang.
Bila sampai tesco mula-mula nak lah try Nano White, tapi bila difikirkan
dan atas nasihat kidmat masayarakat aku pun telah membeli satu produk ni.
Murah saja tak mahal pon. Bila dah murah mak aku pon dekat situ tanpa membuang masa 
lagu dia pun bersetuju. Hahahah

Ni lah produk nya. Hambik kau dengan gambar sekali aku tunjuk. Puas hati!?
Aiken!! Produk ni memang untuk jerawat. Dia berasaskan atau berunsurkan tea tree oil.

Olaylah tu kan. Best juga lah. Pakai dia.

Apa yang dia tulis kat botol:

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner:
1. dia kata ada tea tree oil untuk protect skin from pimple
2. ada plant extracts. Helps improve moisture balance on skin
3. dia memang untuk pimples-prone skin, remove excess oil, control shine,
and refining pores
4. regularly use helps keep skin healthy and pimple free
Harga dalam RM5++

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Daily Moisturising Lotion:
1. dia kata sama je macam nombor satu untuk toner tu, baca je lah balik
2. light oil-free water based formulation so that oily skin dengan combination skin
can use this product
3. baca balik nombor 3 untuk toner tu
4. formulated at skin pH. regular use keep skin healthy and
pimple free
RM6++

Tak berapa hingat sangat lah harga. Almaklumlah bukan kite yang bayor weihh.

Pros:
1. Best pakai lagi-lagi moisturiser tu sebab bile pakai muka tak berminyak sangat
berbanding dengan moisturiser yang aku pakai sebelum ni

Cons:
2. Bau agak kureng mungkin sebab dia tea tree oil kot so sebab tu lah bau dia tak best

Tak boleh nak bagi banyak pros and cons sebab baru berapa hari pakai.

Harap-harap berkesan untuk muka lah. Ingat lepas ni nak beli pencuci dia
dengan ubat jerawat dia.

Harapnya toner dengan moisturiser boleh mengurangkan jerawat kat muka yang tulus mulus ni.

Assalamualaikum.