Sebelum memulakan story kita hari ni. Sama-samalah kita sedekah
Al-Fatihah buat Cik Ti yang telah pun meninggalkan dunia. Innalillah.....
Cik Ti ni adalah salah seorang family members dalam rumah ni. Tapi kehadirannya dalam
rumah ini adalah tidak di senangi sama sekali. Mana tidaknya, ada sahaja
onar dan duri yang akan dilakukannya. Sama ada dalam sedar mahu pun luar sedar.
Nampak benar makhluk ini tidak mengenal erti pahala dan dosa.
Walau apa pun dia juga makhluk Allah S.W.T sama seperti aku, makhluk Allah yang serba-serbi
kekurangan. ALLAH ITU MAHA BESAR!
Petang tadi kematian Cik Ti telah di sahkan sendiri oleh aku dengan mak aku.
Mohon beri laluan nak nyanyi sikit ye,
bagaikan melukut di tepi gantang,
begitulah Cik Ti di akhir hayatnya,
bla bla bla bla...
Sambung sendiri ayat seterusnya untuk lagu tadi ye.
Yeah!! Seperti lagu di atas kematiannya di sahkan oleh aku dan mak aku
apabila terlihat mayat Cik Ti bergelimpangan di sebelah tong beras.
Sebab tu lah lagu nya bagaikan melukut di tepi gantang.
Kena kan dengan lagu.
Sungguh aib rasanya kematian Cik Ti ni. Dengan gaya melukut di tepi gantang nya.
Di tambah pula dengan identitinya yang kurang jelas. Tidak dapat kami mengesan siapa ibu dan ayahnya.
Belum sempat bertanya dia sudah pun mati. Apakan daya
jodoh, ajal dan pertemuan di tangan Tuhan.
Sebenarnya kematian Cik Ti ni adalah di rancang.
Malam sebelum kematian seseorang telah membubuh racun di dalam makanannya.
Kesian kan.!!
Olaylah. Terus terang di sini, Cik Ti tu sebenarnya Cik Tikus.
Kami panggil depa Cik Ti sebab tak mau depa tau kami tengah dok cakap pasai
depa. Mesti hangpa habaq #ermmm lagu tu rupanya.
Awat tak habaq awai-awai.
Seperti yang di beritahu. Kematiannya adalah dirancang.
Sebab malam tu mak aku baiknya punya umpan boh biskut dengan cream cheese
tambah pulak dengan ubat racun tikus memang terliuq habih lah Cik Ti.
Tolong jangan cakap kami ni penjenayah ye.
Kami tak kisah kalau dia dok lalu lalang dalam rumah sebab esok pagi dia
mesti keluar punya. Ini tak dia pi tinggalkan kesan sepeninggalan dia di malam hari.
Mana aku dengan mak aku tak panas. Ni baru Cik Ti, belum
tambah dengan Cik Cen lagi. Ni lagi satu kalau nak
beri kesan peninggalan lagi kaw-kaw dia bagi.
Cik Cen ni susah sikit nak perangkap. Sebab perangkap besi tu pun dia boleh lepas.
Tapi sekarang ni dah tak ada dah Cik Cen. Sebab awal lagi dah dibanteras
dengan ubat racun manis bermadah mak aku.
Lepas tu bawah pintu dah di sendat so dia dah tak boleh nak
menyelit terselit terkepit.
Apa pun takziah buat keluatga Cik Ti. Di harap ahli keluarga dapat
menyabarkan diri dan mengambil iktibar dari kematiannya ini ya.
Harap-harap adalah salah seorang ahli keluarga Cik Ti di luar sana yang baca entry nih.
Jangan ada yang terasa. Entry ini sekadar nak meluahkan rasa.
Assalamualaikum......
Hahhaha. Punyalah sedih. Last last tikus. Phewwww :p
ReplyDelete