Me Likes Jelita

Saturday, 28 April 2012

Kami Berjemaah Untuk BerUSRAH

Alahamdulillah. Sykur ke hadrat Allah S.W.T sebab memberi hidayah
untuk aku menghadiri usrah yang diadakan. Aku menerima jemputan ini dekat Facebook
Beberapa hari sebelum usrah ni berlangsung.

Kami hanya berusrah di alam maya. Dan ada sedikit keterbatasan. Tapi tak apa janji
ilmu masih boleh di kongsi. Kata orang nak  seribu daya tak nak seribu dalih.
Sepanjang berusrah tadi kami di guide oleh dua orang murabbi.
Iaitu Kak Aisha dan Kak Hajah #tapi aku panggil kak jah je. senang baru rasa
 friendly-friendly sikit kan.
Masyaallah, ilmu mereka ni sangat banyak. Suka sangat.

Usrah ni, lebih kepada santai. Kita mendengar dan bertanya. Kalau tak
faham minta penjelasan. Kalau macam tadi Kak Aisha 
akan beri isi dan Kak Jah akan jelaskan.
Mula-mula macam tak teratur, ye lah semua nak bertanya terus. Nak buat 
macam mana orang baru macam aku ni, mana tau nak
beradab. Tapi bila dah lama sikit dah olay dah lah.

Siapa kata tak best dengar benda-benda macam ni.
Best tau banyak benda yang kita boleh dapat. Lagi pun perbincangan ni santai.
Tajuk kita orang tadi pasal nafsu. Kita orang start pukul 10 p.m. 
So tadi hanya dapat bincang tentang jenis nafsu je.
Yang lain kita bincang untuk usrah yang seterusnya.

Moga apa yang kami lakukan tadi ada pahalanya disisi Allah S.W.T.
Moga dapat memberatkan timbangan kebaikan kami di Al-Mizan nanti.
Insyaallah..


Sayang mereka semua yang berusrah tadi. Walaupun hanya berkomunikasi
di alam maya, tapi hati ini rasa macam dekat sangat.
Allah! Terima kasih Ya Allah atas nikmat mu ini.

So kalau nak join usrah or nak tengok usrah kita orang tadi klik link bawah ni ye.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=400220120010271&set=o.138438

Ingat kawal nafsu jahat. Pelihara nafsu baik.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment