Me Likes Jelita

Friday, 9 March 2012

Nak Sangat!!!

Ada sapa-sapa minat cerita hindustan kat sini? Hands up..
Kita samalah suka hindustan.. Tapi hindustan sekarang dah tak berapa best. Betul tal?
Kalau sekarang ni heroin dia harap seksi saja. Berlakon tak best pon. Minta maaf lah
kalau ada yang terasa. Ini penyataan jujur dari seorang peminat filem hindustan.
Heroin dulu yang best berlakon Rani Mukerjee *olay tiba-tiba tak ingat nama dia orang ni tadi bukan
main lagi nak tulis semua. Letak gambar aja lah ehh..

hero ni hensem sangat.. Nasib baiklah dok india sane kalau tak. eiiii


Yang ni kalau ade orang tak kenal tak tau lah nak cakap ape. Ni kan aishwarya rai.
Dulu cantik tapi bila dah kahwin dah tak berapa sangat. Heh cakap orang, awak tu lawa sangat ke?


Im not a terrorist!! Tengok tak cerita ni? Kena tengok!!






Aamir Khan :) Comei naaa.. Dia belakon dengan sape tah dalam cerita apa pun tak ingat.
Tapi lagu dia yang Subhanallah Subhanallah..
olay-olay jangan nyanyi sebab nanti hujan..
Perbanyakkan berzikir ye rakan-rakan...


Ni pun hensem tengok gigi dia comel kan.. Badan pun gagah perkasa..
awwwww!!


Yang ni pulak makin lama makin cantik.. Cemburunya lah. Hai!!!


filem ni lagu-lagu dia semua best.. Nak kena carik balik CD.. Sape ade jual CD hindustan tolong lah 
bagitau saya.. Merayu sangat dah ni.


Ni lagi lah best ceritanya. Rani mukerjee dengan Salman khan wooo



Ni pun best!!

Banyak sangat lah best.. Hati ni dah tak tentu arah dah nak tengok cerita hindustan nihh. Tapi
nak tengok kat mana. Youtube semuanya lagu dia je full mivie punya tak dak pon.
Sabau je lah. 

Itu aja lah kot yang nak di bebelkan hari ini.
Assalamualaikum..

Thursday, 8 March 2012

Yeaaayyy!!

Akhirnya berjaya jugak dapat template dengan header yang baru..
Walaupun tak secantik blog orang lain tapi apa aku kisah!!
*dengan mata pandang ke atas dan kedua-dua belah tangan berada di bahu
Blog kita.. Kita punya sukalah..

Hasil blog ini dapat dekat muka Google.. Type je dekat Encik Google tu nak template blog..
Hah ambik kau..~~~ Berjela-jela dia bagi. Jenuh aihh nak tengok semua. Rambang mata.
Nasib baik lah jumpa blog manusia yang aik hati ini bagi header dengan template free.
Terima kasih ye encik Puan.

Gembira sebab blog dah ada header..
*senyum sampai ke telinga.. Rasa nak koyak pon ada. Nak pi tampal koyok lah.

Assalamualaikum..

Saturday, 3 March 2012

Header Baru!!

Orang baru belajar buat header!! 
Seriusly burok giler...
Tak apa nanti buat baru. Kasi canggih punya..

Assalamualaikum.

Friday, 2 March 2012

Package packing!!!

tomorrow im gonna fly away!!!!


                                                 
im packing for tomorrow>>>



Wednesday, 29 February 2012

Hari Kita Berkeluarga!!

              Dalam meneguhkan sesebuah institusi kekeluargaan kita haruslah senantiasa meluangkan masa untuk bersama bagi merapatkan hubungan kekeluargaan agar semakin teguh.

Olay.. atas tu sebagai ayat pendahuluan saja. Pujangga tak ayat tu. Kalau pujangga, smile widely. 
Jadinya hari ni nak bercerita tentang hari kelmarin. Kenapa dengan hari kelmarin? Ohh 
kelmarin kite ade hari keluarga dekat office mama. Tak taulah ape tujuannya tapi kalau difikirkan mestilah
 untuk merapatkan hubungan silaturrahim kan. Ofcourse!!

So pagi tu start lambat. Pasal apa tak tau lah pulak. Nasib baik orang yang
kehormat tu cakap sekejap saja. Huh!! *dalam hati .
Ialah kita nak berhari keluarga buat apa nak berhujah panjang. Dah lah matahari terik. Memang 
nak kasi semua orang berapi lah kan..

So gambar pertama..

Tapi yang buat senaman ni tak ramai pun yang join.. Kesian kan. Tak ada semangat
kesukanan langsung. Actually, aku adalah barisan last sekali. Nampak tak berpa sikit yang join.


Olay..Yang ni saja kasi nampak klasik sikit. Berjayalah jugak rasanya back tu 80's.
Perasan sungguh.. Konon photographer lah. cehhnhh

Nampak tak apa yang cuba disampaikan sebenarnya. Tak nampak ke? Adeiii. Rasanya ini kot antara sebab kenapa ramai yang tak join senaman panas badan ni. Ceh tengok mak cik ini pakai apa. Dia bersenam pakai kasut biasa. Itu tak apalah lagi. Ini siap bertumit pulak tu. Adeiii sebak rasanya.
Tapi tak apa lah asalkan dia ada inisiatif nak bersenam. *still tak bloeh terima perbuatan
mak cik tu sebenarnya. Jadi disini ingin saya tegaskan. Bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar. Maksudnya kita kena lah ikut kesesuaian waktu, tempat dan occasion.
*peribahasa yang tak berapa sesuai sebab time nak taip lupa semua peribahasa.


Its a sunny day..

After the senaman badan. We moved on to the next aturcara. Ada banyak acara tapi tak ambil gambar 
sebab tak ada orang yang ambil gambar guna phone.. waaaaaa. Sedih je. Semua 
guna camera DSLR. Tapi tak aku bangga pakai camera phone je sebab camera phone aku pon dah cukup
cantik dah..

Antara activity:::
owhh Yang ni mereka sedang bermain  kerusi panas. heh bukan. Mereka sedang bermain musical chair..
Yang ini untuk orang tua saja. Hehh? Ialah orang tua sebab saya masih muda dewi remaja lagi. Tak tau ke?


Mereka bergembira!!! Biasa lah bukannya selalu nak terkinja-kinja kan. Sekali-sekali tiada salahnya.


Pelbagai aksi yang dapt dilihat. Semoga mereka bergembira hendaknya..!!
Kalau tak gembira tak taulah nak buat apa lagi. Hadiah pun dapat.


Walaupun terpaksa berebut-rebut tapi bila nak duduk mesti kena sopan-sopan. 
Budaya kita Bahasa kita.


Olay aksi dah semakin merbahaya dah ni.. Inilah dia orang zaman sekarang. Bukan macam orang dulu. Cuba contohi mak cik seperti gambar di atas *waaahhh puji mak sendiri nampak.
Alah nama pun game kan. Tak adanya mereka dan kita ni nak bersopan. Sekali-sekala apa salahnya. *ulang lagi ayat tadi.. Jangan bosan membaca ye. Nasihat-menasihati kan perlu dalam kehidupan..


Sila jangan tiru aksi ini di rumah ye..amaran merbahaya!!! hahahahah

Last pic with mama.. Penat lepas bersuka ria..

Dan hari yang best untuk di lalui..Hope next year will be another hari keluarga..

Cantik tak? Cantikkan. Tau dah! hahah so sangat very perasan..

Ohhh..I won this bottle. Its Bros bottle. Thank to Allah S.W.T because at that time my old bottle baru bocor.
Alhamdulillah..

Assalamualaikum.
Have a nice day?!?"":






Friday, 17 February 2012

Cuti raya Cina

Cuti raya cina tahun ini memang memenatkan. Kita orang kena cat kelas. Penatnya Allah saja yang tahu. 
Ni yang nak cerita hal sebenar ni. Boleh tak budak lelaki seorang pun tak datang nak tolong cat 
kelas. Bayang kan yang mengecat perempuan semua. Memang dah pupus kot lelaki kat dunia ni.
Dah lah yang menolong semuanya perempuan. Bilangan nye kecik pulak tu.
Sabau jelah..

Gambar permulaan kenelah letak kan..
Ni masa dah habis mengecat. Dah macam tarzan dah rasenya. 

Sambung semula cerita kita. Jadinya kami mengecat selama dua hari. Yang mengecat adalah dalam 5 orang.. Cat bukan boleh sekali. Mengecat kenalah dua layer baru elok dinding. Tak bertompok.
Tapi kelas kita orang dah cantik dah. 
Apapun puas hati bila tengok kelas dah lawa. Kalau tak menang jugak
tak tau lah..

Ada orang kata kita orang dah macam terorrist dah.. hahah kelakar. Nak buat macam mana habuk dia bukan main banyak lagi. Kalau ada orang nak beli habuk dah lama kita orang timbang pi jual.


Ni yang kasi penat tu. Nak kemas lagi. Nak buang habuk lagi. Nak gosok cat ni lagi. 
Susun meja balik. Adeii


Yang budak berdua ni, Dia orang datang masa hari kedua. Hah yang hari kedua ni lagi thrill. 5 orang je yang nak mengecat. Nak lagi thrill time nak cat sampai atas. Huh,, Serammm!! DAh panjat meja. Letak kerusi 
pulak kat atas meja tu. Kalau rasa belum buat wasiat lagi pergilah buat wasiat dulu. 


Second day mengecat. baru berus ala kadar. Tutup pintu kelas.  
BALIK!! 

Tapi apa pun legalah dah. kelas dah cantik. Sekarang ni nak tengok hari isnin nanti kelas
mana yang paling kondusif. Kalau tak 
menang memang nak kena buat rusuhan kat sekolah ni.
Ehh!! Tak de lah. Pecah pulak gegendang telinga ni kena
ceramah dengan mama.
Buat naya je,,

Selesai dah cerita..
Assalamualaikum


Umurnya Berganjak

         She's to me are everything.
Love her so much..
Happy belated day Mama.




SUPRISE!! Terkejut Sangat

Berkurun lama sudah lamanya jari ini tidak dilentok-lentokkan kat atas keyboard ini. Busy you. Busy sikit je dari PM. Hah nak buatmacam mana dah lumrah orang study memang lah macam tu kan. Terima saje lah.
Jadinya minggu merupakan antara minggu yang tersibuk sekali. Dengan kerja sekolahnya. Kena present untuk sejarah lagi. Oral untuk bm dengan bi. Itu nak kene prepare lagi. Bukan boleh buat cikai-cikai saje. Adeiii lemah urat sendi kentut aku. Nasib baik boleh kentut lagi.
Alhamdulillah..


Hari ini bersamaan dengan hari Jumaat, aku telah pun mendapat satu kejutan di sekolah. Dan sebenarnya berasa agak kurang senang. Tapi nak buat macam mana terima sajelah.

Baru bermimpi nak balik dengan beg ringan tapi rupanya hujan di tengah/hari. Selepas baca Yasin kat serambi *rutin mingguan pelajar islam. Cikgu kelas pun masuk. Baru bersemangat nak buat oral. Tiba-tiba cuping telinga terasa suam-suam kuku apabila mendengar jkita orang kena ambil buku bio, Physic, Chemis and etc untuk dalam bahasa pulak. #whattheheck. Macam tak percaya saje kejutan yang kita orang dapat ini.
Terpaksalah bahu ini menanggung beban yang sama seperti pagi tadi atupun lebih dari pagi tadi.

Olay, itu tak apalah dah boleh terima dah qada' dan qadar yang kita orang kena ada buku ini. Then, bila sampai rumah ada satu lagi masalah. Aku nak sumbat tang mana buku-buku ni almari aku dah penuh.

Nampak betapa penuh nya tempat nak boh buku ni. Ini pun sebab ada lagi buku kat dalam beg. Bukan semuanya kat situ. Adeii!!


Tak tau lah nak boh mana buku ni. Letak bawah katil buat kumpul habuk saje. Letak kat tepi nanti datang Ainsofea habis rabak pulak buku-buku ni. Kan best kalau ada satu bilik besar untuk wardrobe.

Macam ni pun dah okay sangat dah.. Tapi macam susah saje. Aku bukannya suka mengemas pun. Almari yang dalam bilik ni pun tunggang terbalik. Kadang-kadang macam tonbgkah pecah, kadang-kadang kemas tak terperi. Rasenye untuk memiliki bilik seperti ini bagi mereka yang sejenis dengan aku, pastikan kita mempunyai seseorang maid yang boleh menguruskan hal ini.

Sekian..
Assalamualaikum.

Thursday, 26 January 2012

Saya suka Pergi MYDIN!!

          Kenapa aku suka Mydin? Apa yang bestnya Mydin? 
Hah ni mak cerita ni. Best sebenarnya pergi Mydin, sebab kebanyakannya barangan dia murah. Kenapa murah? Hah itu sebab dia ambil barang secara borong. So harga beli murah makanya harga jual pun tak lah murah sangat.  Okaylah. Dah beberapa banyak kali shopping kat situ nampak lah beza dia. Contohnya, sabun kak ton kat Mydin RM5.99 dekat Mykiddy RM7.99. Ini contoh ye tuan-tuan dan puan-puan, tiada kene mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Sebenarnya selalu je pi Tesco, tapi suka pi Mydin sebab dia besar kot. Biasanya pergi Mydin yang dekat-dekat je. Tapi kalau nak lagi best kat Mydin USJ lah. Dia punya Mydin besar. Senang parking, kat luar tu melambak-lambak parking.

Sebelum apa-apa kita makan dulu. Jadinya kat Mydin ada satu kedai kat foodcourt tu yang jual sup-sup. Sup dia memang sedap. Yela mestilah kene sedap kan. Kalau tak takkan lah nak cerita kan.


Kalau mintak soto bebola dia memang puaslah. Bebola dia adalah sebesar penumbok. Tapi bukanlah sebesar penumbok awak Cik Ton. Besar penumbok anak awaklah. Dah tu, ada lagi bebola kecik dia bagi. Kalau agak-agak tengah bersedih pergila makan soto bebola dia. Sure happy lepas tu sebab dah kenyang makan bebola.


Nampak tak betapa berseleranya mama makan. Muncung-muncung sampai, you.. You ada?!! hahaah

Apabila perut sudah seperti bebola tadi, maka berjalan lah menuju ke dalam Mydin punya pasar demi untuk mengecutkan bebola yang mengembang bolat di dalam perut tadi. Hehh? Adakah?


Ini antara barang yang memenuhi Mrs. Troli saya. Tau tak anak Mrs. Troli ni bukan main banyak lagi. Sesuka hati dia je nak meronda-meronda satu Mydin tuh. Agak-agak dah penat pergi kaunter bayaran turun barang pastu pi beratuq balik kat tepi sana.



Yang ni pulak beras. Ya! Semua orang kenal beras. Tapi beras ni lain sikit. Beras ni jenis yang bulat-bulat. Tak pernah lah pulak jumpa sebelum ni. Agak lain lah. Nama pun tak pernah dengar. Nama beras ini ialah.... Jengjengjengjeng----- Idly Rice. 
Hahah pernah dengar tak. First time jugak ke? Ermm samalah kita.

Idli Sambar.JPG
Jadi bila di berbual dengan Encik Wikiwiki yang hensem lagi bijak ini. Maka Encik Wikiwiki pun menerangkan segala yang tersurat dan tersirat. Beras Idly ni biasa nya di kukus lepas tu ada periuk dia untuk membentuk dia jadi bulat macam kat atas tuh.


Tak faham lah apa maksud bina kat atas nih.. Cerita ke apa hah.. Tolong terangkan..



Kan best kalau ada stok macam ni kat rumah.. Manis je bibir senantiasa.. Wahhh kencing manis baru tahu!
Jangan amalkan perkara ini ye..


Argghhh tidak Chupa Chupps ni selalu menggoda jiwa dan raga. Sabar tangan sabar. Jangan amik jangan amik. Control nafsu tuhh.


Kalau pergi shopping barang dapur tak pernahnya tak penuhnya Mrs. Troli ni. Kesian dia patah tulang belakang dia nak angkut barang-barang kami. Almaklumlah dah uzur. Patutnya Mrs. Troli ni jaga cucu je. Dah tak payah dah nak ronda-ronda Mydin ni dah.


Tangan ni tak pernahnya nak dengar cakap. lastnya amik jugak satu. Satu tu harga di 80 sen. Olaylah kan harga dia. Sedap apa. Tak rugi beli.. Barang-barang yang diangkut Mrs. Troli tadi tu semuanya 300^.. hah selalunya dalam 200 je. Ni tak tau lah beli apa sampai 300^ tuh.


Dah membeli tu eloklah dirasmikan secepat mungkin. Mencuci mulut ketika perjalanan pulang daripada melabur di Mydin. Pedulikan jerawat-jerawat manis tuh ye. Jerawat itu hanya untuk orang yang manis-manis je. Dah start dah perasan dia.. Redha je lah ye ketika membaca saat ini.


Its a sunny day



Memandangkan kasut sekolah tahun lepas membocorkan dirinya. Maka terbelilah saya kasut yang anggun di kakiku ini. Wahai kasut kenapa kau mudah sangat lupakan kulit. Why Kasut? Why?

Tapi apapun aku redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Aku terima takdir mu Ya Allah. 

Orang tua-tua kata kalau baru beli kasut gigit dulu, supaya nanti bila pakai kasut tu tak ada lah melecet ke apa ke. Tak tau lah berkesan ke tidak. Orang duludulu biasalah. Ada je benda yang di ciptanya.

Olaylah sampai sini je. Nak sambung buat powerpoint sejarah. Tak siap-siap lagi dari semalam. 
Mintak-mintak siaplah hari ni jugak.

Assalamualaikum..


Wednesday, 25 January 2012

Farah Soraya's Bloglist

  hmm..hmmm... Testing-testing. Wow suara tekak serak basah lah pulak. Macam Ella pun ada. Hmmm hmm.. Okay hilang dah seraknye keluar bunyi ala-ala manja pulak. Heh? 

Hah hari kak Pah nak cerita pasal seseorang ni. Dia seorang gadis dan bewarganegara Malaysia ye anak-anak. Sah-sah la warganegara tengok muka pon dah tau dah. Yang bawah ni nama dia Farah Soraya. Geng-geng anak dara yang comel macam aku jugak. Cehh perasan!! Tak salah kan puji diri sendiri. Kalau tak siapa lagi yang nak puji kita ni.



                              

Berdasarkan gambar di atas, aku telah pun men-join Farah Soraya' Bloglist. Silalah klik link untuk join ye. Amat dialu-alukan. Wahh rasa macam aku Farah Soraya pulak. Hoh ini tak boleh. Tak baik jadi faker. Kesian kepada yang bukan faker tu kan.

Olay-olay, kita sambung balik topik kita ye cek Ton. So cara-cara nak join. Senang je!
1. Jadi dulu follower Farah Soraya-olay dah jadi dah pon dah ada dah pun kat atas tuhh
2.  Buat satu entry je dengan tittle dia "Farah Soraya's Bloglist". Tengah buat la ni
3.Just copy and paste that official banner and link it to this entry. How to copy ? Highlight that banner and then just click CTRL C. dah ada dah pun kat atas tuhh. Maknanya DONE
4. Dah vote dah gambar dia kat  Most Styleesh Edasera's Model Contest 2012. LIKE dah pon kat link ni 
5. Last one, send entry link kat entry Farah Soraya' Bloglist.

Yeay!! siap dah. Senang je kan. Semoga berjaya Farah..
Wish you a good LUCK..

Olay habis dah apa yang nak ditaip kat entry ni ..
Assalamualaikum.